Halwa Telinga anda

Qamus

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

Pemimpin Jangan Jadi Perompak

Assalamualaikum dan Salam Integriti

Satu pengkhianatan dan penzaliman besar yang di buat olih pemimpin dan pemerintah pemerintah dunia hari ini ialah menjadi kaya raya hasil dari jawatan dan kedudukan memerintah. Hal ini bertentangan sekali dengan ajaran Islam.

Yang mana dalam Islam, saperti yang dipraktikan oleh Rasulullah, Khulafa'ur Rasyidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz, mereka lebih zuhud dan miskin sewaktu memerintah.Bahkan mereka mati tanpa meninggalkan apa apa harta pusaka. Jadi kalau ada orang yang jadi kaya raya kerana tugas itu , ertinya suatu kesilapan besar sudah di buat.

Mentang mentang khazanah kekayaan negara diserahkan ke tangan mereka, maka mereka bebas untuk menggunakannya, lalu kekayaan itu diambil untuk kepentingan diri, keluarga, dan kroni kroni mereka saja. Mereka menipu rakyat rakyat dan manusia seluruhnya. Mereka putar putarkan lidah memperkatakan kebaikan tetapi sikap mereka di belakang rakyat jahat sekali.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan sebahagian manusia ketika mengucap mengenai kehidupan di dunia sungguh mengkagumkan kamu. Dia bersumpah membuat pengakuan segala isi hatinya bulat untuk ALLAH, sedangkan dia itu adalah sejahat jahat musuh. Apabila dia berpaling (di masa yang lain) berusaha merosakkan muka bumi. Dan ALLAH tidak suka kepada kerosakan". (Al Baqarah:204-205)

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Tuesday, May 18, 2010

Kelantan bakal laksana 90 hari cuti bersalin

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 16 Mei: Selepas Selangor, Kelantan bakal memberikan cuti 90 hari kepada ibu bersalin khususnya kakitangan kerajaan negeri bagi memberi peluang mereka berehat sebaik mungkin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata bagaimanapun cadangan itu akan dibawa ke mesyurat exco terlebih dahulu.

Beliau berkata demikikan ketika ditemui selepas merasmikan majlis 90 Hari Untuk Ibu anjuran Kesatuan Kebajikan pekerja-Pekerja Bank Semenanjung Malaysia (NUBE).

Program ini turut mendapat kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri.

NUBE antara lain sedang berusaha mengumpul 1 juta tandatangan untuk menyokong usaha cuti 90 hari dilaksanakan di peringkat persekutuan.

"Kerajaan negeri menyokong usaha ngo ini khususnya bagi mendapatkan tandatangan 1 juta rakyat di negara ini untuk dihantar pada Perdana Menteri bagi membolehkan ianya dilaksanakan di negara ini,"ujar Ubaidah lagi.

Kelantan sebelum ini menjadi negeri perintis memperkenalkan cuti bersalin 60 hari yang kemudiannya turut dipakai di peringkat pusat.

"Mungkin kita agak terkebelakang dari soal ini, sebab Kelantan telah menjadi perintis pada cuti bersalin 60 hari yang bertama di negara ini," katanya.

Sambungnya, jika ianya dilaksanakan di negeri ini, kakitangan awam khususnya di bahagian sokongan akan mendapat manfaatnya, memandangkan 90 peratus tenaganya terdiri dari kaum wanita.

Turut berucap pada majlis itu Naib Presiden NUBE Malaysia, Daufkafli Nor Ghazali, Pengerusi Persatuan NUBE Kelantan, Azhar Yusof, Dr Rosnani Mohammad dan Penolong Kanan Sek Men Agama (A) Amir Inderaputera, Ustaz Nasir Mohammad.

* http://harakahdaily.net

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Saturday, May 15, 2010

Bila Judi Menjadi Matlamat Orang Islam


Kenyataan saya adalah merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Rahman Dahlan yang dipaparkan oleh Malaysiakini. Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam. Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Pandangan saya:

Terlebih dahulu saya memohon saudara Abdul Rahman Dahlan (AP Kota Belut) bertaubat itupun sekirnya ia beragama Islam. Daripada kenyataan beliau yang meyokong ketuanya meluluskan lesen judi baru, ianya menunjukkan beliau tidak pernah membaca dan memahami isi Al-Quran yang mengatakan judi itu haram sehingga ke hari kiamat.

Beliau juga bukan insan Allah swt yang mengikuti kelas agama sepanjang kehidupan beliau. Jika beliau mengikuti kuliah-kuliah agama pastinya beliau berfikir matang sebelum membuat kenyataan tersebut. Adakah beliau ini masih lagi beriman kepada Allah swt. Mari kita merujuk apa yang dikatakan dalam Rukun Iman.

1. Percaya Kepada Allah swt
2. Percaya Kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya Kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya Kepada Kitab-Kitab
5. Percaya Kepada Qada dan Qadar

Judi adalah haram yang mana ianya dinyatakan oleh Allah swt melalui Rasulnya dan tercatat dalam al-Quran yang merupakan kitab Allah swt dan disampaikan oleh Malaikat. Jika kita meng'halal'kan judi tidak kita melakukan syak ke atas Kitab Allah, Rasulullah saw, Malaikat dan akhirnya kepada Allah swt itu sendiri.

Setahu saya bila kita berlaku syak maka hilanglah keimanan kita. Adalah Abdul Rahman Dahlan masih percaya kepada Allah swt, Nabi dan Rasul, Kitab Allah swt dan Malaikat?

Adakah Abdul Rahman Dahlan membaca al-Quran berversi UMNO? Di dalam Al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw mengatakan dengan jelas judi itu haram tetapi kenapa Abdul Rahman Dahlan masih meyokong pemberian lesen judi yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak?

Ada dua kemungkinan yang menyebabkan Abdul Rahman Dahlan bertindak begitu:

1. Beliau membaca dan memahami Al-Quran versi UMNO iaitu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Al-Quran ini adalah taksiran Mahathir Mohamad. Jangan kita lupa dulu Mahathir Mohamad yang berkuasa mengarahkan Al-Quran ditaksir semula mengikut perubahan zaman.

2. Berkemungkinan besar beliau ber'tuhan'kan Najib kerana Rasulullah saw mengajar kita jangan kita takut selain kepada Allah swt. Beliau sepatutnya tidak takut menentang Najib Abdul Razak sekiranya beliau betul-betul insan yang beriman. Ini menunjukkan beliau takut kepada Najib Abdul Razak mungkin kerana takut kehilangan pangkat dan kuasa serta kekayaan. Beliau meletakan Najib Abdul Razak sebagai 'tuhan'.

Abdul Rahman Dahlan juga tidak percaya kepada Qada dan Qadar kerana beliau mengatakan sekiranya lesen judi tersebut tidak diluluskan akan berlaku judi haram yang dikuasai oleh kongsi gelap dan penipuan. Saya tidak faham adakah beliau ini berfikiran matang atau tahap minda beliau sama taraf budak sekolah darjah 1.

Jika lesen judi ini diharamkan, sesiapa yang terlibat adalah bertanggungjawab sendiri dan sekirany mereka membuat laporan polis berkaitan penipuan judi haram, mereka ini boleh didakwa kerana terlibat dengan judi tanpa lesen dan untuk orang Islam mereka boleh dibicarakan melalui undang-undang syariah.

Adakah Adbul Rahman Dahlan telah menjadi 'tuhan' yang mengetahui sesuatu sebelum waktunya?

Saya cabar Abdul Rahman Dahlan agar beliau;

1. Mengatakan keimanannya secara bersumpah dengan kekuasaan Allah swt di dalam masjid yang beliau takutkan Allah swt daripada Najib Abdul Razak.

2. Mengatakan pendirian beliau tentang judi mengikut arahan Allah swt dan kelulusan menghalalkan yang haram oleh kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO.

3. Mengatakan pendirian beliau tentang judi dalam kerajaan BN dan adakah beliau masih mahu tinggal dalam rumah BN yang penuh kemaksiatan.

Selain itu Najib Abdul Razak juga perlu taubat sebelum nyawa beliau dicabut dari badan. Ingat bapa beliau meninggal pada usia muda dan beliau juga boleh dimatikan oleh Allah swt pada bila-bila masa kecualilah kalau beliau mengaku yang beliau adalah 'tuhan' yang tahu bila beliau akan dimatikan.

Ingatlah balasan untuk penjudi bukan sahaja kepada penjudi tetapi syarikat judi tersebut, kakitangan syarikat judi dan pemerintah yang meluluskan lesen judi. Saya amat berharap komen para peyokong UMNO dan juga maklumbalas dari Abdul Rahman Dahlan.

*http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

Untuk penyokong UMNO dan BN anda juga mempunyai saham dosa judi kerana memilih mereka yang keimanannya boleh dipertikaikan. Itu baru judi dan ada banyak lagi dosa-dosa UMNO yang ditanggung oleh peyokongnya.

Insaflah, ingat Allah swt satu-satunya tuhan dan takutlah kepadaNya. Untuk pengetahuan semua tidak ada negara OIC yang ada kedai-kedai judi kecuali Malaysia bahkan Thailand juga tidak mempunyai kedai judi. Adakah Thailand lebih baik dari Malaysia.

Fikir-fikirkan ya.

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.