Halwa Telinga anda

Qamus

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Wednesday, August 11, 2010

Puasa dan Kelebihannya


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam Integriti

Sudah lama benar kita "bercuti" dari menulis dan mencoretkan sesuatu di blog ni, dah beberapa kali sahabat bertanya "apa dah jadi dengan blog anta? berhabuk dah tu.." " ko dah bercerai talak satu ke dengan blog ko tu?"..begitulah ayat-ayat manis peringatan dari sahabat-sahabat.

Walaubagaimanapun, kita terimanya dengan hati terbuka(sape suruh rajin buat blog, pastu x update, kan dah kena..hehehe). Kali ini kita menggagahkan diri untuk berkongsi sesuatu sempena dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Marilah sama-sama kita renungi kelebihan puasa dan orang yang berpuasa.


RAMADHAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya. Amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.

Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa'di Abu Jaib Hal 218).

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. "(QS 2:185)

Menurut huraian ulama' rahimahumullah: "Sebahagian besar dari kejadian kacau bilau yang berlaku dalam sebuah masyarakat adalah akibat dari runtunan hawa nafsu yang buas liar dan melampaui batas sehingga ada yang melupai kehormatan diri dan rumah tangga, mencuaikan tugas dan kewajipan, mengkhianati amanah dan berbagai perkara jenayah lagi.

"Oleh itu, kewajipan menyekat hawa nafsu dan menentang runtunan liarnya, serta melatih diri mengingati pengawasan Allah Taala akan segala yang zahir dan yang batin sebagaimana yang terdapat dalam amalan puasa adalah menjadi satu cara hidup yang aman sentosa.

"Dengan yang demikian, nyatalah hikmatnya ibadat puasa itu menjadi salah satu dari asas atau rukun Islam.”[1]


Kelebihan Puasa Secara Umum

Kelebihan atau fadhilat puasa secara umum - sama ada yang wajib atau yang sunat - diterangkan dalam hadith yang berikut:-

2- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. (رواه مسلم)

2- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."[2]

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Oleh kerana amalan puasa (yang wajib dan yang sunat) itu dikerjakan secara tertutup antara seseorang dengan Tuhannya berdasarkan ikhlas semata-mata - berbanding dengan amal-amal bakti yang lain yang dikerjakan secara terbuka, maka amalan puasa yang demikian amatlah besar pahalanya dan hanya Allah jua yang dapat menilai dan memberi balasan yang sepadan dengannya.

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:-

3- عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ. (رواه الترمذي)

3- Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan, sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api.” [3]

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:-

4- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (رواه الإمام أحمد وغيره)

4- Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa dan Al-Qur'an memohon syafa'at kepada Allah pada hari kiamat - bagi orang-orang yang berbakti (yang selalu berpuasa dan banyak pula membaca Al-Qur'an).”[4]

(Hadith Hasan - Riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya)

Selain daripada menjadi sebab yang membawa rahmat di akhirat kelak, puasa juga menjadi sebab yang membawa kebaikan yang berkesan di dunia ini. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:-

5- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُومُوا تَصِحُّوا وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا. (رواه الطبراني)

5- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya.”[5]

(Hadith Riwayat Tabrani).

Kelebihan Puasa Ramadhan Secara Khusus

Mengenai puasa Ramadhan secara khusus, diterangkan dalam hadith yang berikut:-

6- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري ومسلم)

6- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".[6]

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut huraian Imam Nawawi rahimahullah Amal-amal kebajikan yang menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang tersebut, maksudnya dosa-dosa kecil Kalau tiada dosa kecil, ia dapat meringankan dosa-dosa besar Kalau tiada dosa-dosa besar, ia dapat meninggikan darjat orang-orang itu di dalam syurga.[7]

Wallahu alam



[1] . Muqaddimah Mastika Hadith (hlm. 57).

[2] . Al-Ahadith al-Qudsiyah (1:172). Hadith ini ialah "Hadith Qudsi" diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dan lain-lainnya. Ta'rif Hadith Qudsi telah diterangkan dalam "Muqaddimah Mastika Hadith".

[3] . Al-Targhib (2:87).

[4] . Kitab yang sama (2:84).

[5] . Al-Targhib (2:83), rawi-rawinya diakui benar.

[6] . Minhaj al-Salihin - min Ahadith Khatam al-Anbiya' wa al-Mursalin (181)

[7] . Tuhfat al-Ahwadzi (6:362).



******************Renungan Bersama******************
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Tuesday, July 13, 2010

Malaikat Rahmat Hibur Hati Orang Beriman Ketika Sakaratulmaut

tبسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan Salam Integriti

MEREKA yang dipermudahkan dan senang ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira.

Manakala orang terbabit dosa besar dan maksiat akan menghadapi kesukaran serta keperitan bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah yang bermaksud: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.” (Surah al-Qiyamah, ayat 29)

Orang disukarkan nazak ialah yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong, jahat, serta bergelumang dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakaratulmaut, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan.

Jika dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman dilakukan.

Sumber: Khutbah online Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Tuesday, June 15, 2010

Tersurat dan tersirat

Jika insan diasuh dengan keangkuhan,
dia belajar erti takbur.
Jika insan diasuh dengan kelemahan,
dia belajar erti hina dirinya sendiri.
Jika insan diasuh dengan erti permusuhan,
dia belajar erti membenci.
Jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri,
dia belajar erti mengkhianati......
namun....
Jika insan diasuh dengan insani,
dia belajar erti hargai.
Jika insan diasuh dengan belas budi,
dia belajar erti mengasihani.
Jika insan diasuh dengan kepayahan,
dia belajar erti mensyukuri.
Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa,
dia belajar erti bersabar....



******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Wednesday, June 9, 2010

Putera puteri Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan Salam Integriti

Perkara yang amat dibimbangi oleh Rasulullah S.A.W akan berlaku kepada umatnya, selain daripada terlalu menuruti kehendak nafsu ialah panjang angan-angan. Sesungguhnya angan-angan yang berlarutan itu akan mengakibatkan manusia lalai daripada mengingati akhirat, sedangkan akhirat adalah hari menentukan balasan amal seseorang. Tidak ada pembetulan yang dapat dilakukan atas segala kekhilafan dan kesalahan yang telah dilakukan, tetapi di sanalah tempat bagi manusia merasai kebahagian atau penyesalan yang tidak berkesudahan.

Angan-angan tidak ada penghujungnya, ia tidak berjejak di alam nyata, malah kosong semata-mata. Justeru angan-angan bukanah cita-cita, kerana cita memerlukan tindakan usaha yang bersungguh-sungguh bagi mencapai apa yang dicita-citakan. Sebaliknya angan-angan hanyalah khayalan ibarat sebuah lakonan ke alam fantasi, yang-angan hanyalah diketahui di mana letaknya seperti mengharungi lautan uas yang tidak berpantai.

Orang yang terperangkap dalam angan-angan pasti lupa dengan tujuan hidup di dunia ini, masa depannya hanyaah khayalan. Sekiranya dia tahu tentang akhirat, tetapi tidak mempunyai keyakinan, apa pun yang terjadi kepada dirinya dirinya di akhirat kelak tidak pernah difikirkan. Sekalipun ada pihak mengingat dia tentang perlunya membuat persediaan menghadapi hari akhirat, tetapi dia tetap menganggap akhirat itu masih jauh dan terlalu lama.

Golongan yang dikhayalkan dengan angan-angan sentiasa menangguhkan amal kefardhuan atau amal kebajikan. Jika ketika itu telah masuk solat fardhu, rakan-rakan mengajak dia pergi ke masjid atau musolla untuk menunaikan solat jemaah, dia akan menjawab "Pergilah dulu". Demikian juga andainya dia mempunyai harta dan wang ringgit yang membolehkannya untuk menunaikan fardhu haji, tetapi dia tidak akan berbuat demikian, sebaliknya akan menangguhkannya dengan berbagai-bagai alasan.

Manusia yang dilamun angan-angan tidak akan menjadualkan masa kehidupan mereka, sedangkan masa bererti usia. Walaupun masa berlalu namun dia tidak merasa usianya semakin susut dan terbuang sia-sia, kerana lamunan angan-angan yang panjang, dia tidak pernah berfikir bahawa kematian semakin meghampirinya.

Padahal umur manusia adalah antara anugerah Allah yang amat berharga tetapi terbatas, ia akan dipertanggungjawabkan ke atas diri seseorang di akhirat kelak dan akan ditanya ke mana ia dipergunakan.

Usia bergerak bagi meninggalkan manusia seperti pergerakan bumi dan cakerawala yang lain, ia terus melangkah meninggalkan manusia. Setelah usia berlalu, tiada pun yang dapat melambai dan mengajak umur itu kembali mendekati dirinya.

Selain itu Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa akhirat juga bergerak mendatangi manusia, bererti ia akan mempercepatkan pertemuan manusia dengan akhirat, ibarat dua orang menaiki dua kenderaan dari arah yang bertentangan di jalan raya, walaupun keduanya bergerak dengan yang jauh, namun oeh kerana kedua-duanya bergerak kearah yang sama, maka ia lebih cepat bertemu.

Gambaran itu begitu jelas bahawa manusia dari alam akhirat akan bertemu segera kerana kedua-duanya sedang bergerak pantas untuk bertemu. Hanya orang yang sedang dilamun angan-angan sahaja tidak menyedari umur yang sedang pergi dan akhirat yang mendatang, angan-angan yang panjang telah melalaikan mereka daripada menyedari hakikat itu

Orang yang berangan-angan panjang tidak akan memikirkan kedatangan saat kiamat yang menghancurkan alam dunia ini, lantaran itu dia tidak pernah memikirkan persiapan bekalan yang patut disediakan semasa hidup di dunia bagi kepentingan akhirat. Walaupun usia dunia ini seperti orang tua yang sudah terlalu bongkok untuk menemui ajalnya, namun orang yang sedang dilamun angan-angan tidak akan menyedarinya. Sebaliknya kelak mereka akan terkejut sebaik sahaja dunia ini menemui ajalnya apabila akhirat.

Dunia mempunyai penyokong dan akhirat mempunyai pengikutnya, kedua-duanya mempunyai putera atau anaknya masing-masing. Siapakah yang akan menjadi putera dunia serta penyokongnya? Dan siapa pula yang akan menjadi putera akhirat dan penyokong blok akhirat? Kesemuanya dapat dikenali dengan tingkah laku sikap dan pendirian mereka kerana setiap pendirian dan sikap seseorang akan membuahkan tindakan.

Siapakah putera dunia? Mereka ialah orang-orang yang mentaati hawa nafsunya atau menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan. Merasa bahagia terhadap seruan mungkar, lantas menghayatinya dengan segala keupayaan diri dan kekuatan aharta benda, serta merasa bahagia apabila berada dalam suasana mungkar itu. Putera dunia juga bagi mereka yang melakukan sebarang usaha hanya untuk kesenangan hidup di dunia yang sementara.

Putera dunia hanyalah mereka yang bergiat di sekeliling kehidupan duniawi tanpa menghubungkannya dengan akhirat. Jika memiliki kesenangan hanya untuk kepentingannya sendiri, orang lain seolah-olah tidak ada kaitan dengan dirinya. Sekalipun sekeliling mereka ramai orang yang menderita, baginya itu bukan urusannya.

Sementara putera akhirat pula adalah orang yang kehidupannya berteraskan kepada aqidah yang sebenar serta amalan yang bersumberkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Putera akhirat adalah orang yang mempertahankan kebenaran Islam, sedia mempertaruhkan jiwa dan raga demi membela Islam. Menghindari dan memeramgi segala yang berbentuk mungkar dan maksiat.

Putera dunia dan putera akhirat mempunyai perbedaan yang jelas antara kedua-duanya yang berlainan keturunan itu tidak mungkin bersatu.

Wallahua'lam

******************Renungan Bersama******************
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Wednesday, June 2, 2010

Mengapa Yahudi Sangat Berkuasa



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan Salam Integriti

Seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Terkini, serangan kejam Israel terhadap misi kemanusiaan GAZA. Israel, nampaknya terlalu berkuasa…



Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi informasi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Sebenarnya bukan hanya Palestin yang diratah atau dimakan mentah-mentah oleh Yahudi. Negara-negara lain pun sebenarnya senasib dengan Palestin, namun dalam bentuk serangan dan kezaliman yang berbeza. Ada yang diratah ekonominya, kebudayaannya, pendidikannya, sosialnya, dan segala bentuk sistem hidup manusia telah dikuasai oleh Yahudi. Pendek kata, apa yang Allah peringatkan kepada umat Islam telah terjadi.

"Sesungguhnya sekali-kali Yahudi dan Nasara tidak akan redha, sehinggalah kamu (umat Islam) mengikut jalan dan arahan mereka"

Hadis pula telah mengingatkan bahawa di akhir zaman, umat Islam akan ikut telunjuk Yahudi, patuh atau taat kepada Yahudi walaupun disuruh masuk ke lubang biawak.

Firman Allah dan sabda Nabi ini telah terjadi. Yahudi memang telah terbukti power! Dan umat Islam lemah!

Berikut ini saya petik fakta dari tulisan seseorang di internet yang dia juga memetik fakta itu dari tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut.

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa Al-Masih a.s (Isa Putera Maryam) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kecerdikan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua; Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan tapi penjahat mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti seluruh dunia. Tapi dalam masa yang sama dia telah membankrupkan banyak negara.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion. Tentu saja dengan tujuan memenangkan Yahudi.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat/medali emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat/medali emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Yahudi mempengaruhi dan menjajah Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) (Panitia Umum Amerika Israel) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jangan lupa juga, Yahudi juga punya saintis-saintis dan "ulama-ulama" yang punya tugas khusus memisahkan umat Islam dari Allah dan Rasulullah. Misalnya, Darwin mencipta teori manusia berasal dari beruk, telah berjaya membuat kita semua lupa bahwa manusia adalah anak cucu Adam dan Hawa, penduduk syurga yg dihukum ke dunia utk menebus dosa.

Snouq Hurgronye, yahudi Belanda yang telah berhasil menyamar sebagai "kiyai besar" di Aceh telah berhasil menanamkan rasa bahawa 'Aceh serambi Mekah dan orang paling Islam'. Di akhir hayatnya Snoug sempat berbisik kepada murid-muridnya, "kamu qadha semua solat yang berimamkan aku, karena sesungguhnya aku bukan Islam". Munafik itu telah berhasil mencabut rasa kehambaan bangsa Aceh.

Di Saudi Arabia, Yahudi juga berhasil mencipta sepasang 'ulama dan umara' Abdul Wahab dan Al Saud yang menjadi boneka Yahudi. Fahaman Wahabi atau Salafi yang mendakwa bahwa merekalah yang paling benar Islamnya berkembang pesat dari sini dan meluas ke seluruh dunia dengan sokongan Yahudi.

(Runtuhnya Daulah Khilafah sehingga menjadi Republik dan Kerajaan adalah sebuah karya besar dan genius orang Yahudi. Sewaktu Arab Saudi yang telah termakan hasutan Yahudi hendak bangun membentuk kerajaan, hal ini telah ditentang keras oleh "para sufi" karena tidak sesuai dengan syari'at. Namun apa daya, mereka di bantai habis oleh tentera kerajaan, sufi yang selamat terpaksa melarikan diri ke daerah yang terpencil. Para sufi ini di kejar-kejar sambil difitnah dengan melaknat mereka sebagai "aliran sesat". Fitnah Yahudi melalui Kerajaan Arab Saudi (Wahabi) tentang kesesatan para sufi ini masih terus berlaku di kalangan umat Islam sampai detik ini).

Umat Islam benar-benar dirobek-robek dengan segala tipu helah perpecahan yang mereka cipta. Wujudnya 73 firkah dalam umat Islam tidak terlepas dari campurtangan mereka.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Mengapa ini berlaku?

Jawabnya: (kata Rasulullah) AL WAHAN
Al Wahan adalah sebuah penyakit hati berupa cinta dunia dan takut mati. Penyakit al-wahan itu ibarat kanser yang menyusup masuk setiap jiwa umat Islam perlahan-lahan. Malangnya, kanser al-wahan itu tidak boleh dikesan dengan MRI atau alat scan secanggih apapun di dunia ini. Al-wahan adalah unseen cancer yang hanya bisa dikesan dengan unseen scanner juga.

Bagaimana mengubat penyakit ini?
Kalau umat Islam sudah mampu mengubahnya dengan CINTA ALLAH dan RINDU MATI (AKHIRAT) barulah al-wahan itu hilang, maka Yahudi boleh dikalahkan.

Cinta Allah mendorong manusia untuk menyayangi dan berbuat baik kepada orang lain. Orang yang cinta Allah automatik akan takut kepada Allah, bukan takut seperti takut harimau, tapi takut cintanya tidak dibalas. Rasa takut kepada Allah itu mengawal manusia dari berbuat jahat, sebab dia takut kalau dia jahat maka Allah akan membencinya.

Rindu atau selalu ingat mati mendorong manusia untuk serius dalam membangun kemajuan di dunia ini, membuang rasa malas dan suka menunda-nunda. Dengan itu manusia akan maju dan membangun hingga mampu mengalahkan Yahudi.

Sejarah telah membuktikan, sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, kota itu sangat dikuasai yahudi, terutama bidang ekonominya. Pasar perniagaan (seperti mall zaman sekarang) dimiliki yahudi. Rasulullah dan para sahabat hanyalah pendatang asing di kota itu. Lalu, Rasulullah memimpin Saya.Abdurahman bin Auf untuk memulakan bisnes di kota itu. Mereka memulainya hanya dengan sebuah khemah, jauh lebih kecil dari mall yahudi yang sudah seperti raksasa. Saidina Abdurahaman bin Auf memulakan bisnes itu dengan rintihan cinta kepada Allah,

"Ya Rabb, kalau bukan dengan bantuan-Mu, mustahil kami berniaga di sini" Secara zahirnya, mereka ibarat semut yang bila-bila saja dimusnahkan oleh gajah yahudi. Namun, Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah pasti ada cara untuk membantu mereka.

Dengan dorongan rindu kematian, Saidina Abdurahman bekerja keras memajukan bisnes itu, tidak malas-malas apalagi berfoya-foya. Setiap dosa segera ditaubatkan, bahkan sekecil-kecil dosa dihindarkan, kerana mereka takut Allah tidak membantunya. Dosa adalah hijab bantuan Allah.

Sungguh ajaib, Allah beri bantuan besar iaitu Allah ubah hati manusia untuk membantunya. Masyarakat Madinah berbondong-bondong membeli di khemah Saidina Abdurahman. Umat Islam berbondong-bondong berkorban untuk menambah modalnya. Hasilnya, dalam waktu 3 bulan, khemah itu telah berkembang menjadi Pasar yang besar. Kemudian, saidina Abdurahman membeli telaga di pasar Ukaz itu. Maka beralihlah kuasa ekonomi Madinah dari yahudi kepada Islam. Yahudi terpaksa menutup bisnesnya dan gulung tikar lalu ke tempat lain.

Begitulah Islam, mengalahkan musuh bukan dengan pedang dan perang. Tapi, rasa cinta dan takut pada Allah itu menghasilkan orang-orang yang excellent, hebat, canggih, rajin, kreatif, inovatif yang mampu menyaingi kehebatan orang-orang yahudi.

Saidina Umar pernah berkata, aku tidak takutkan musuh-musuh Allah dan Rasul, tetapi yang aku takutkan adalah dosa-dosa kita, kerana apabila kita berdosa Allah akan biarkan umat Islam dikeronyok oleh musuh-musuh.

Selama ini kita dibelenggu fahaman bahawa umat Islam lemah kerana tidak berilmu. Lalu, kitapun berbondong-bondong pergi 'mengemis ilmu' kepada yahudi. Kita hantar anak-anak kita ke sekolah-sekolah yahudi, dengan harapan boleh menguasai ilmu yahudi dan mengalahkan yahudi. Logiknya saja sudah tidak betul. Dan memang terbukti, murid tidak akan mengalahkan gurunya. Kita bukan mengatasi yahudi malah makin menjadi kuli yahudi. Memang logik ...tentulah guru lebih pintar dari muridnya, guru lebih tau dari muridnya, guru lebih mampu menguasai muridnya.

Ibarat yahudi itu naik bas, konon kita mahu mengebomnya, tapi kenapa kita di dalam bas itu juga? Yahudi pemandunya, kita pula penumpangnya. Kalau kita mahu lebih cepat mengebom bas yahudi, mestinya kita pakai kapal terbang. ..

Ya ...kita perlu "kapal terbang bantuan Allah" yang tidak dimiliki yahudi. Allah telah berjanji dalam Al Quran bahwa DIA akan memberi bantuan yang cepat, dekat dan hebat dengan syarat umat Islam beriman kpd Allah, kepada Rasulullah, berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Beriman itu bukan sekadar percaya, tapi kenal, cinta dan takut dgn Allah dan Rasul, sampai jadi muttaqin.

Berjihad dengan harta dan diri itu bukan menjadi pengebom berani mati untuk membunuh yahudi tapi "pengebom nafsu sendiri". Kerana sebenarnya musuh yang paling jahat bukan yahudi tapi nafsu dalam diri kita sendiri. Yahudi tidak menghalang kita solat, tapi nafsulah yang menghalang diri sendiri untuk bangun solat. Yahudi tidak pernah menghalang diri kita memajukan diri, tapi nafsu malas lah yang membuat kita terus menjadi kuli yahudi. Yahudi tidak pernah menghalang kita buat sekolah untuk mendidik anak-anak kita sendiri dengan Islam, tapi nafsu tidak mahu bersusah payahlah yang terus menghalang kita untuk buat sekolah sendiri dan mendorong kita terus mengantar anak ke sekolah yahudi.

Musuh dalam diri itu ibarat anjing-anjing yang menghalang kita untuk masuk ke istana kejayaan, keberhasilan dan kehebatan. Kita perlukan Allah, Pencipta Nafsu itu. Hanya DIA yang boleh menjinakkan anjing-anjing ganas itu supaya tidak mengganggu kita lagi. Hanya DIA juga yang boleh melemahkan yahudi.

Tangan orang mukmin itu mulia, tidak perlu berlumuran darah musuh atau bunuh diri untuk membunuh musuh. Mukmin sejati musuh-musuhnya dikalahkan oleh Allah, lalu musuh-musuh itu menyerah diri kepada-Nya. Itulah yang terjadi pada Rasulullah dalam setiap peperangannya. Rasulullah tidak pernah membunuh musuhnya walaupun seorang. Dalam perang ahzab, angin ribut yang memporak-porandakan musuhnya. Dalam perang Badar, tentera malaikat yang memenggal kepala musuh-musuhnya. Lalu, yahudi lari lintang pukang atau menjadi tawanan dan akhirnya masuk Islam.

Marilah kita lawan yahudi dengan CINTA dan TAKUT Tuhan, agar BANTUAN ALLAH itu segera datang.

Yahudi sangat tahu bagaimana Rasulullah SAW dapat mengalahkan mereka sedangkan senjata dan tenaga umat Islam sangat lemah dibandingkan mereka. Mereka mengkaji bahawa kekuatan umat Islam adalah kekuatan ruhnya. Umat Islam yang telah berjaya melemahkan nafsunya menjadi wali-wali Allah yang setiap permintaan dan keperluan mereka dipenuhi oleh Allah. Ruh yang bercinta dengan Tuhan itulah yang telah menjadikan Rasulullah dan para Sahabat menjadi superhero yang tidak pernah dapat dikalahkan oleh Yahudi.

Jika kita menghabiskan masa untuk berdemo atau berpolemik menyalahkan Yahudi, itu memang kerja Yahudi, akhirnya kita akan tenggelam bersama mereka. Kerja kita adalah mengulang, meniru apa yang Rasulullah dan para Sahabat lakukan utk mengalahkan Yahudi, yaitu mendapatkan RASA CINTA DAN TAKUT KEPADA ALLAH.

Oleh itu kita perlu KEMBALI KEPADA TUHAN, kembali berTAQWA, kerana yg Allah jamin dan yang Allah bela adalah ORANG BERTAQWA. Allah berfirman: (
إن الله ولي المتقين : sesungguhnya Allah pembela orang yang BERTAQWA). Allah tidak katakan 'AKU pembela orang Islam'. Sangat berbeza MUSLIM dan MUTTAQIN. Muttaqin itu Muslim yang Cinta dan Takut Allah. Muttaqin sudah pasti muslim. Tapi muslim belum tentu Muttaqin.

Bahasa mudah ialah begini: jika kita sedang digigit nyamuk (memang kerja nyamuk menghisap darah manusia), bahaya ni… (yahudi). Jangan salahkan nyamuk ...tapi ….kita semburkan shelltox.

Wallahua'lam

******************Renungan Bersama******************
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Sunday, May 30, 2010

Pemimpin Jangan Jadi Perompak

Assalamualaikum dan Salam Integriti

Satu pengkhianatan dan penzaliman besar yang di buat olih pemimpin dan pemerintah pemerintah dunia hari ini ialah menjadi kaya raya hasil dari jawatan dan kedudukan memerintah. Hal ini bertentangan sekali dengan ajaran Islam.

Yang mana dalam Islam, saperti yang dipraktikan oleh Rasulullah, Khulafa'ur Rasyidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz, mereka lebih zuhud dan miskin sewaktu memerintah.Bahkan mereka mati tanpa meninggalkan apa apa harta pusaka. Jadi kalau ada orang yang jadi kaya raya kerana tugas itu , ertinya suatu kesilapan besar sudah di buat.

Mentang mentang khazanah kekayaan negara diserahkan ke tangan mereka, maka mereka bebas untuk menggunakannya, lalu kekayaan itu diambil untuk kepentingan diri, keluarga, dan kroni kroni mereka saja. Mereka menipu rakyat rakyat dan manusia seluruhnya. Mereka putar putarkan lidah memperkatakan kebaikan tetapi sikap mereka di belakang rakyat jahat sekali.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan sebahagian manusia ketika mengucap mengenai kehidupan di dunia sungguh mengkagumkan kamu. Dia bersumpah membuat pengakuan segala isi hatinya bulat untuk ALLAH, sedangkan dia itu adalah sejahat jahat musuh. Apabila dia berpaling (di masa yang lain) berusaha merosakkan muka bumi. Dan ALLAH tidak suka kepada kerosakan". (Al Baqarah:204-205)

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.