Halwa Telinga anda

Qamus

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Tuesday, May 25, 2010

Aku Cinta

Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang yang Kau rindukan yang Kau cintai

Aku lemah tanpa-Mu aku lelah aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku Ya...Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

******************* Renungan Bersama *******************
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Sunday, May 23, 2010

Pengajian Kitab Thariqud Dakwah siri 1

Dakwah Ikhwanul Muslimin merupakan satu suara dakwah dari seri dakwah dan seruan Rasullah s.a.w. yang pertama, yang tersemat kukuh di hati mukminin dan berulang kali menjadi sebutan di lidah mereka. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menanam keimanan di hati umat Islam supaya mengamalkannya dalam setiap kegiatan hidup mereka, supaya hati-hati mereka berpadu di atasnya.
Sekiranya mereka dapat berbuat demikian Allah akan menolong dan membantu mereka serta menunjukkan mereka jalan yang benar dan lurus. Marilah kita beriman dan beramal. Marilah kita berkasih sayang dan bersaudara.
Hala Tuju: Inilah setinggi-tinggi hala tuju yang kita harus berusaha kepadanya. Lantaran itu, Allahlah tujuan kita. Tidak ada suatu yang kita tuju kecuali Allah. Kita beriman kepadaNya. Kita melihat segala sesuatu untuk Dia di dalam hidup kita. Kita beribadah kepadaNya dengan sepenuh hati.
Kita mencari keredhaanNya dalam setiap usaha kita dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya dalam setiap kegiatan hidup kita dengan penuh ketulusan dan keikhlasan yang sempurna serta benar-benar yakin bahawa disitulah terletaknya kebahagiaan yang sejati, hidayah yang hakiki dan kejayaan yang sebenar.
"Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu." AzZaariyat: 50
Tugas dan Kepentingannya adalah besar dan agung yaitu memimpin dunia, mengajar seluruh manusia kepada sistem Islam, cara hidup Islam dan ajaran yang baik di mana manusia tidak mungkin bahagia tanpanya. Tugas ini bukan tugas juz 'iah, bukan separuh-separuh dan bukan sebahagian-bahagian. Bukan hanya untuk mencapai tujuan-tujuan sebatas politik, sosial dan ekonomi saja. Bukan juga hanya untuk satu tempat atau satu daerah tertentu. Bukan juga terbatas kepada satu bangsa dan tanahair yang tertentu.
Tetapi, ia satu tugas agung yang meliputi setiap aspek kehidupan demi kebaikan yang paling sempurna dan paling bahagia kepada seluruh manusia, bahkan bagi seluruh makhluk Allah karena sesungguhnya Rasullah itu diutus untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Balasannya sangatlah besar. Selain daripadanya adalah kecil belaka. Segala yang ada dalam kehidupan kita di dunia, semua nikmat, harta benda, kekuasaan, kesenangan dan kemewahan semuanya kecil belaka. Balasannya di sana adalah syurga yang seluas langit dan bumi.
Di dalamnya disediakan apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran. Di sana kita akan bersama dengan para anbiya', para siddiqin, para syuhada' dan para salihin kerana merekalah sebaik-baik sahabat. Kita akan selamat dari azab neraka yang bahan bakarnya terdiri dari batu dan manusia. Kemuncak dari itu semua ialah 'keredhaan Allah'.
"Dan keredhaan Allah adalah lebih benar, itu adalah keberuntungan yang besar.” At Taubah :72
1.1 Tabiat Jalan Dakwah:
"Aliif Laam Miim. Adakah manusia menyangka bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah
beriman sedangkan mereka tidak diuji. Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Lantaran itu Allah mesti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.”. Al-Ankabut: 1-3
Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang hak dengan batil ada pertentangan yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya.
Mungkin anda tidak akan dapat melihat natijah serta hasilnya ketika anda masih hidup. Sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha, tidak disuruh melihat hasil dan buahnya.
Sesungguhnya apa yang akan ditemui oleh para duat di jalan Allah adalah gangguan dan tekanan dari golongan taghut dan musuh-musuh Allah yang mahu menghapuskan mereka, memusnahkan dakwah mereka atau menghalang mereka dari berdakwah. Itu adalah lumrah yang telah berlaku berulang kali di zaman ini. Semuanya didorong oleh rasa takut golongan taghut. Mereka takut kuasa mereka yang berdiri di atas dasar kebatilan akan musnah apabila yang hak bangun dan tegak untuk menghapuskan kebatilan.
"Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap."Al-Anbiyaa': 18
Bagi menghalakan terkaman dan cengkaman kuku besi mereka ke atas dakwah al-hak dan para pendokong dakwah, mereka terlebih dahulu akan mereka-reka pelbagai tuduhan yang paling keji
dan dusta itu kemudianya dilemparkan kepada para pendokong dakwah.
Mereka gambarkan kepada manusia bahawa para pendokong dakwah adalah musuh negara dan musuh orang ramai supaya orang ramai bangun menentang mereka seperti apa yang dilakukan oleh Firaun dan para pembesarnya terhadap Nabi Musa.
"Dan berkatalah Firaun (kepada pembesar-pembesarnya): Biarlah aku membunuh Musa dan hendaklah dia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau
menimbulkan kerusakan dimuka bumi".Al-Mukmin: 26
Subhanallah, Maha Suci Allah. Demikianlah sikap Firaun dan pembesar-pembesarnya, sikap pengikut-pengikut Firaun di zaman itu ataupun di zaman ini. Nabi Musa dituduh sebagai perosak dan Firaun dianggap sebagai pembela bangsa dan memelihara kepentingannya.
Pembesar-pembesar Firaun menghasut Firaun supaya menentang Nabi Musa A.S dan kaumnya serta menakut-nakutkan Firaun akan perbuatan Nabi Musa A.S. Lalu Firaun menenangkan fikiran mereka dengan menyatakan bahawa dia akan mengawasi Musa:
"Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Firaun (kepada Firaun): Apakah kamu akan membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?
Firaun menjawab : Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, sesungguhnya kita berkuasa penuh ke atas mereka". Al-A'raaf: 127
1.2 Balasan Baik Bagi Orang-orang Yang Bertakwa:
Namun, semua itu tidak melemahkan iman Nabi Musa A.s dan kaumnya. Nabi Musa A.S mewasiatkan kepada mereka
supaya bersabar dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t. dan menggembirakan mereka serta menenangkan hati mereka dengan mengingatkan bahawa bumi ini kepunyaan Allah. Dia pasti akan
mempusakakannya kepada hamba-hambanya yang bertakwa.
"Musa berkata kepada kaumnya: Mohonlah pertolongan dari Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dipuskakannya kepada sesiapa yang dikhendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" AlA'raaf: 128
Jadi jalan dakwah, walau bagaimana pun susahnya, deritanya dan pahit akibatnya, tetapi terjamin
hasilnya.
"Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman " Ar-Rum: 17
1.3 Inilah Marhalah (Peringkat) Dari Jalan Dakwah
Islam di Timur telah berjalan di atas dakwah Islam, telah membangun satu kebudayaan yang tiada
tolok bandingnya, kemudian tidur nyenyak lalu kehilangan mutiara dakwah di dalam hidup manusia. Lantaran itu mereka kehilangan segala kekuasaan dan segala kehebatannya. Bumi mereka telah dijajah oleh bangsa-bangsa jahiliah. Kekayaan mereka telah dirampas dan dirompak. Jihad dan perundangan Islam telah disembunyikan. Lebih dari itu, akhlak Islam telah disorokkan.
Hancur berderailah segala kemuliaan lalu diganti dengan ananiah (individualistik) dan kekacauan.
Mudahlah kekufuran dan keingkaran mengambil jalannya tanpa rintangan dan halangan. Tetapi
Allah Taala yang Maha Suci telah menyediakan sebab musabab untuk kebangkitan Islam di Timur
itu dari tidur, kebangkitan Islam yang baru di zaman baru ini.
Dalam kebangkitan arus Islam yang kuat ini maka lahirlah 'Jamaah Ikhwanul Muslimin' dan beberapa jamaah Islam di seluruh dunia terutamanya di dunia Islam. Imam As-Syahid Hassan Al-Banna dengan Ikhwanul Muslimin melalui jalan yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Alangkah banyaknya persamaan di antara marhalah-marhalah dakwah yang dihayati oleh Islam di zaman sekarang dengan marhalah permulaan dakwah Islam di zaman Rasulullah s.a.w.
Islam telah menjadi asing dan jahiliah terus berleluasa. Para pendokong dakwah ditindas, diperkotak-katikkan serta dikepung dari segenap penjuru untuk dihancur leburkan.
Samalah keadaannya dahulu di mana musuh-musuh dakwah Islam dipimpin oleh golongan musyrikin di Semenanjung Tanah Arab, para penyembah api di negara besar seperti Parsi (Iran) di sebelah Timur dan kerajaan raksaksa Romawi di sebelah Barat bersama Yahudi.
Demikian juga halnya musuh-musuh dakwah Islam di hari ini yang dipimpin oleh golongan komunis di sebelah Timur dan golongan Kristian dan Zionism dari negara sebelah Barat yang sekular. Jahiliah moden ini disertai pula oleh boneka-boneka dari kalangan muslimin yang telah diracuni hati dan fikiran mereka oleh jahiliah moden. Malah mereka lebih kejam dan lebih sesat dari jahiliah di zaman permulaan dakwah Islam di zaman Muhammad s.a.w.
Ini semua memberi peringatan kepada kita bahawa muslimin di zaman Rasulullah s.a.w itu sentiasa bertahan dan bersabar sehinggalah Allah menolong mereka, menghina para pendokong syirik, kufur
dan jahiliah serta mengalahkan mereka. Lalu berkibar dan berkuasalah kalamullah. Jatuh dan lemahlah kalimah kufur.
Demikianlah yang kita harapkan dan kepadanyalah kita berusaha InsyaAllah. Sesungguhnya kita
akan melihat kebangkitan dakwah Islam setelah ia menurun. Pada masa yang sama, budaya
materialistik dan jahiliah mula menurun setelah naik. Tanda-tanda yang nyata menjelma di dalam
kesedaran Islam yang baru, yang mengambil tempat di hati umat Islam seluruhnya, terutamanya di
kalangan pemuda-pemudi Islam.
Kebangkitan Islam kembali semula dan arus dakwah Islam menjalar di kalangan generasi baru di kalangan putera-puteri Islam untuk menghayati Islam dengan minat yang sungguh-sungguh dan benar di dalam usaha-usaha Islam, dengan Islam dan untuk Islam.
Tanda-tanda keruntuhan budaya jahiliah yang kafir itu semakin nyata dan terang apabila kita memerhatikan bagaimana gelombang keruntuhan akhlak melanda pemuda-pemuda para pendokong budaya kebendaan yang jahiliah itu.
Ini adalah merupakan berita baik dan menggembirakan di mana peralihan pimpinan manusia akan berlaku. Pimpinan jahiliah yang bertuhankan manusia akan tamat dan pimpinan dunia akan dikembalikan kepada Islam sekali lagi. Daulah Islam sejagat akan bangkit kembali dengan izin Allah
Taala yang Maha Kuasa supaya dunia berbahagia dengan agama yang hakiki dan lurus itu.
1.4 Wasilah dan Langkah-langkah:
Wasilah-dan langkah-langkah umum dalam dakwah tidak berubah, tidak bertukar ganti dan tidak melampui tiga perkara ini:-
1) Iman yang amiq; (Iman yang mendalam.)
2) Takwin daqiq; (Pembentukan yang rapi dan teliti)
3) Amal mutawasil; (usaha dan amal yang berterusan).
Dengan wasilah-wasilah inilah, amal dan usaha yang berterusan tetapi beransur-ansur mewujudkan serta membentuk individu, rumahtangga dan masyarakat yang muslim. Dari situ dapatlah disediakan dasar dan asas Islam yang teguh dan kuat untuk menegakkan pemerintahan Islam (daulah Islam) di sebuah negara umat Islam lalu dicantumkan dengan daulah-daulah Islam di seluruh dunia untuk membangunkan daulah Islam sedunia iaitu kekuasaan Islam yang merangkumi seluruh dunia Islam yang bersatu di bawah satu Khilafah Islamiah.
Ia bertanggungjawab untuk memimpin seluruh dunia, menjadi guru dunia dan mengarahkan perjalanannya demi kebahagiaan seluruh manusia dengan ayat-ayat Allah sehingga tiada lagi fitnah dan agama itu seluruhnya hanya untuk Allah.
"Sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka " Al-Baqarah: 193
Sebagaimana berjalannya wasail iman, takwin, pembentukan dan amal usaha itu, berganding bahu antara satu sama lain, begitu jugalah setiap langkah awal dalam penyediaan ke arah pembentukan
individu muslim, pembangunan rumahtangga-rumahtangga Islam dan penyebaran dakwah Islam di
tengah-tengah masyarakat manusia, semuanya mestilah berjalan serentak dan berganding bahu.
Melalui jalan dakwah, tidak sah dan tidak benar kalau kita mengambil jalan ringkas lalu kita menghadkan wasilah dan langkah-langkah kita atau kita mengambil sebahagian dengan anggapan bahwa yang sebahagian itu sudah memenuhi tujuan kita dan dapat menyempurnakan tugas kita.
Sesungguhnya tidak ada iman tanpa amal dan pembentukan. Tidak ada masyarakat tanpa anggota
yang muslim dan rumahtangga-rumahtangga Islam. Merekalah tiang-tiang yang akan membangunkan pemerintahan Islam.
Kelalaian dalam mengukuhkan dasar dan memancangkan asas-asas yang teguh dan tiang-tiang yang kuat itu merupakan satu tindakan yang membahayakan, yang mungkin membawa kepada keadaan yang terbalik atau songsang. Setiap waktu dan usaha yang dicurahkan untuk meletakkan asas sebuah bangunan tidak boleh dianggap sia-sia dan tidak boleh dihentikan selagi belum nampak sebarang hasil di permukaan bumi, kerana bangunan yang besar memerlukan waktu yang panjang dan usaha yang gigih untuk menyiapkan asas dan konkritnya.
Adakah di sana sesuatu yang lebih besar dari usaha membangunkan daulah Islam sedunia yang mampu memimpin dunia memandu seluruh manusia kepada nur dan cahaya Islam yang sempurna dan menyempurnakan itu?
Alangkah indahnya apa yang dikatakan oleh Imam as-Syahid Hassan Al-Banna tatkala beliau mengarahkan ucapannya kepada golongan yang gopoh, yang cepat ingin memetik buah dakwah sebelum masak;
"Hai Ikhwanul muslimin terutama yang tergesa-gesa dari kamu. Dengarkanlah daripadaku satu kalimah
yang tinggi yang berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini. Sesungguhnya jalan kamu ini adalah yang telah digariskan langkah-langkahnya, ditentukan batas-batasnya dan aku tidak mahu melanggar batas-batas itu. Aku telah yakin dengannya. Keyakinan yang sebenar-benarnya, bahawa itulah jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.
Ya... boleh jadi ia satu jalan yang panjang, tetapi di sana tidak ada jalan lain selain itu. Sifat kelakian
tidak akan lahir kecuali dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yang serius dan
berterusan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat dan gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik hasil sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali dan lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini dan carilah dakwah yang lain.
Barangsiapa yang bersabar bersama aku sehingga berkembang dan membesar benih itu lalu tumbuh pokoknya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik dan diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah semata-mata. Kita dan dia tidak boleh lari dari dua kebaikan ini. Sama ada kita menang dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia".
(Dipetik dari Buku Thariqud Dakwah (Jalan Dakwah) oleh Syaikh Mustafa Masyhur- Mursyid 'Aam Ikhwanul Muslimin)

******************* Renungan bersama *******************
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Thursday, May 20, 2010

Sharing is Caring

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

" maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

* http://idhamlim.blogspot.com/

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Tuesday, May 18, 2010

Kelantan bakal laksana 90 hari cuti bersalin

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 16 Mei: Selepas Selangor, Kelantan bakal memberikan cuti 90 hari kepada ibu bersalin khususnya kakitangan kerajaan negeri bagi memberi peluang mereka berehat sebaik mungkin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata bagaimanapun cadangan itu akan dibawa ke mesyurat exco terlebih dahulu.

Beliau berkata demikikan ketika ditemui selepas merasmikan majlis 90 Hari Untuk Ibu anjuran Kesatuan Kebajikan pekerja-Pekerja Bank Semenanjung Malaysia (NUBE).

Program ini turut mendapat kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri.

NUBE antara lain sedang berusaha mengumpul 1 juta tandatangan untuk menyokong usaha cuti 90 hari dilaksanakan di peringkat persekutuan.

"Kerajaan negeri menyokong usaha ngo ini khususnya bagi mendapatkan tandatangan 1 juta rakyat di negara ini untuk dihantar pada Perdana Menteri bagi membolehkan ianya dilaksanakan di negara ini,"ujar Ubaidah lagi.

Kelantan sebelum ini menjadi negeri perintis memperkenalkan cuti bersalin 60 hari yang kemudiannya turut dipakai di peringkat pusat.

"Mungkin kita agak terkebelakang dari soal ini, sebab Kelantan telah menjadi perintis pada cuti bersalin 60 hari yang bertama di negara ini," katanya.

Sambungnya, jika ianya dilaksanakan di negeri ini, kakitangan awam khususnya di bahagian sokongan akan mendapat manfaatnya, memandangkan 90 peratus tenaganya terdiri dari kaum wanita.

Turut berucap pada majlis itu Naib Presiden NUBE Malaysia, Daufkafli Nor Ghazali, Pengerusi Persatuan NUBE Kelantan, Azhar Yusof, Dr Rosnani Mohammad dan Penolong Kanan Sek Men Agama (A) Amir Inderaputera, Ustaz Nasir Mohammad.

* http://harakahdaily.net

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Maqam atau Peringkat Nafsu Manusia

Assalamualaikum dan Salam Integriti

Hari ini saya hendak cakap pasal nafsu. Semua manusia ada nafsu, kecuali mereka yang kurang sifat tertentu yang berkaitan. Kebiasaannya nafsu ini dikaitkan dengan keinginan melakukan perkara jahat. Susah kalau nak semai jiwa dan hati untuk bernafsu ke arah kebaikan ataupun untuk melakukan perkara baik. Nafsu in ada beberapa peringkat atau Maqam. Sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan kita.

1. NAFSU AMMARAH

Nafsu ammarah ialah nafsu tingkat yang paling jahat. Ia tidak lain tidak bukan ialah untuk mengajak manusia yang dikuasainya ke jalan kejahatan, melakukan maksiat dan seronok melakukannya.


Nafsu ammarah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, Firman Allah yang bermaksud:-

“ Sesungguhnya nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat. “
(Surah Yusuf: 53)

SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERNAFSU AMMARAH:-


1. Selalu terdedah kepada godaan nafsu dan syaitan. Nafsu ammarah sentiasa menyuruh seseorang berbuat kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak.
2. Tidak merasa duka atau sesal di atas perbuatan jahatnya, malah perasaannya lega dan gembira. Contohnya bila tertinggal solat, hatinya tidak runsing dan kesal sedikit pun, bahkan kadang-kadang merasa gembira dan senang.
3. Terlalu gembira bila mendapat nikmat dan berputus asa bila ditimpa bala dan kesusahan.

“ Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dgn rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa. “
(Ar-Rum: 36)


4. Sifat-sifat yang timbul dari benih nafsu ammarah ini ialah bakhil, tamak dan haloba akan harta dunia serta terlalu cintakan keduniaan, panjang angan-angan, sombong, takabbur, sukakan kemegahan, ingin namanya terkenal dan mahsyur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan niat jahat, lalai terhadap Allah dan lain-lain.

Barang siapa mendapati di hatinya ada salah satu sifat tersebut, itu tandanya dia termasuk dalam golongan ammarah. Orang berilmu atau tidak berilmu boleh terjebak dalam golongan ini. Nafsu ammarah ini adalah serendah - rendah darjat dan sejahat - jahat nafsu dalam dunia Tasawwuf. Tempat yang wajar untuk golongan ini ialah KAWAH NERAKA yang penuh azab yang maha pedih.


2. NAFSU LAWWAMAH

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman yg bermaksud:


“ Aku bersumpah dgn nafsu lawwamah (pencerca dan pengkritik diri). ” (Al-Qiamah: 2)

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik atau mencela diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa atas dirinya.

Contohnya, apabila tertinggal solat, hatinya menyesal dan segera memohon ampun kepada Allah dan mengqadhakannya. Bila terlajak berbuat dosa, ia segera menyesal. Walaubagaimanapun, untuk berbuat kebajikan dan taat, ia masih terasa berat dan dilakukan dalam keadaan terpaksa dan tidak terasa nikmat.

Nafsu lawwamah lebih tinggi sedikit daripada nafsu ammarah kerana orang ini melakukan sesuatu dengan ilmu dan kenal kejahatan dengan ilmu. Namun, hatinya masih lemah dan nafsunya masih rakus dan banyak mazmumah. Cuma dia mudah tersedar bila ditegur. Walaupun hatinya boleh dan mudah terdorong kearah ibadah dan kebaikan tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan sepenuhnya.

Sabda Rasulullah SAW:-

“ Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan utknya penasihat dari hatinya (sendiri). “
(Riwayat Abu Mansur Ad-Dailami)

SIFAT - SIFAT ORANG YANG BERNAFSU LAWWAMAH:

1. Mencela kesalahan diri sendiri.
2. Selalu berfikir (bertafakur) mengenang dosa dan keburukan.
3. Rasa takut bila rasa bersalah.
4. Mengkritik terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan.
5. Mudah merasa riya’ ya’ni hendak menunjuk - nunjuk kepada orang apabila membuat kebaikan.
6. Mudah merasa sum’ah, iaitu ingin memperdengarkan atau mmberitahu kepada orang ssuatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian orang.
7. Mudah juga merasa ujub, iaitu perasaan yang melonjak - lonjak dalam hati, merasakan diri lebih lebih baik daripada orang lain, walaupun pada zahirnya ia menunjukkan sifat tawadhu’ atau tidak mahu terkenal atau pemurah.
8. Lain - lain sifat mazmumah dalam hati masih tidak mampu dilawan dan sedang menguasai hatinya.

Martabat nafsu lawwamah terletak pada kebanyakan orang awam. Syurga untuk orang martabat ini tidak terjamin, kecuali setelah mndapat keampunan Tuhan dan rahmat-Nya.


Jalan selamat untuk orang yang bersifat nafsu lawwamah ialah perlu sentiasa bergaul dengan orang baik dan sentiasa berada dalam lingkungan (suasana) baik. Ia hendaklah menjauhi kawan - kawan dan suasana jahat, kerana hatinya mudah tergoda dan terikut - ikut kejahatan.


Selain itu, orang yang brsifat atau yang berada pada makam nafsu ini hendaklah:-
• Belajar dan berusaha untuk melatih diri bermujahadah bagi melawan hawa nafsu dengan cara menanamkan benci kepada maksiat dan menanamkan rasa cinta kepada kebajikan.
• Dibantu pula dengan zikrullah supaya hati lebih lembut.
• Setelah itu dibantu lagi dengan berdoa memohon pertolongan Allah untuk memudahkan melawan nafsunya itu.
• Hendaklah juga dipimpin guru mursyid.

3. NAFSU MULHAMAH

Setelah seseorang melalui mujahadah yang sungguh- sungguh untuk meleburkan nafsu ammarah dan lawwamah maka nafsunya akan meningkat kepada nafsu mulhamah. Nafsu peringkat ini sudah menerima proses kesucian hati atau mujahadatunnafs. Tiada lintasan - lintasan kotor atau was-was syaitan lagi, sebaliknya malaikat atau Allah mengilhamkan kebaikan pada hatinya.

Firman Allah,

“ Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan hatinya dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya. ”
(As-Syam: 8-10)

SIFAT- SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MULHAMAH:

a) Tidak sayangkan harta, tidak sayangkan dunia.
b) Merasa cukup dgn kurniaan Allah (qanaah).
c) Mendapat ilmu laduni dan ilham.
d) Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (tawadhu’).
e) Taubat yang sebenar-benar taubat (nasuha).
f) Tahan menanggung kesusahan dan lain-lain sifat terpuji.

Mereka dalam martabat ini mulai masuk ke sempadan makam wali dan mulai mencapai fana yang menghasilkan makrifat dan hakikat (syuhud).

Walaubagaimanapun sifat-sifat baik sama ada zahir atau batinnya belum benar berakar umbi dengan teguh dalam diri dan hatinya. Oleh itu ia kena menjaganya dengan mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan meningkatkan amalan solehnya. Kerana ujian ke atasnya sentiasa ada. Sekiranya ia tidak berjaga-nanti nanti Allah akan mencabut kembali makam itu menjadi lawwamah.

4. NAFSU MUTMAINNAH

Hasil latihan yang berterusan, nafsu mulhamah akan meningkat kepada nafsu mutmainnah. Hati sudah sampai ke peringkat suci dan tenang. Nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu pertama yang telah mula mendapat keredhaan Allah dan ia telah layak memasuki Syurga-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:-

“ Wahai orang yang bernafsu mutmainnah, pulanglah ke pangkuan tuhan-Mu dalam keadaan redha-meredhai dan masuklah ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku. “
(Al-Fajr: 27-30)

SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MUTMAINNAH:

1) Murah hati dan tidak lekat wang di tangan kerana bersedekah.
2) Tawakkal yang benar.
3) Arif dan bijaksana.
4) Kuat beribadah.
5) Syukur yang benar.
6) Redha pada segala hukuman Allah.
7) Takwa yang benar dan lain-lain sifat terpuji.

5. NAFSU RADHIAH

Hasil kegigihan melatih diri untuk memakrifatkn diri kepada Allah, orang yang bernafsu mutmainnah akan meningkat kepada nafsu radhiah. Orang ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan Allah. Orang ini mendapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam atau dikenali sebagai firasat.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:-

“ Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan nur Allah (petunjuk Allah SWT). “
(Riwayat At-Tirmizi)

Tabiat orang peringkat ini luar biasa, ia tidak takut pada bala Allah dan tidak tahu gembira pada nikmat Allah, yang dia tahu hanya keredhaan Allah dan hukuman-Nya.

Firman Allah yang brmaksud:-

“ Sesungguhnya wali-wali Allah itu tak pernah rasa takut dan bimbang. “
(Surah Yunus: 62)

Nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbinya sekali dan mereka disinari oleh nur syuhud kepada makrifat, bertalu-talu masuk ke dalam hati nurani yang tetap waja itu.

Alam di sekeliling mereka laksana cermin. Apabila melihat alam ia ‘nampak’ (teringat atau terasa) akan Allah. Hal itu berlaku setiap ketika. Makam ini juga disebut sebagai makam musyahadah seperti mana Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis tentang sifat ‘al-ihsan’.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

“ … maksud ehsan ialah apabila engkau menyembah Allah hendaklah terasa seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya ketahuilah bahawa Allah melihat kamu. “
(Riwayat Muslim)

Sifat-sifat mahmudah yang timbul dari nafsu radhiah ialah zuhud, ikhlas, wara’, mninggalkan perkara2 yang bukan urusannya, memelihara hukum-hakam Allah dan lain-lain sifat kerohanian yg tinggi.

Makam nafsu ini hanya dapat dicapai oleh para wali Allah. Mereka dapat merasa nikmat melakukan kebajikan dan berbudi luhur. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyu’ dan tawadhu’ mengingati Allah.

Firman Allah SWT:-

“ Berzikirlah pada Tuhanmu dalam hatinya dalam keadaan merendah diri dan takut. “
(Al-A’raf:205)
6. NAFSU MARDHIAH

Mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu mardhiah kelihatan lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar-benar sebati dengan Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW yang brmaksud:-

“ Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah ia. Ssungguhnya dia akan mengajar kamu ‘hikmat’. “
(Riwayat Ibnu Majah)

Segala gerak-geri orang di peringkat nafsu ini diredhai Allah. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi:-

“ Sentiasalah hamba-Ku berdampingan kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga aku kasihkan dia maka apabila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dania melihat dengannya, pertuturan lidahnya yang dia bertutur dengannya, penampar tangannya yang dia menampar dengannya, berjalan kakinya yang dia berjalan dengannya dan berfikir hatinya yang dia berfikir dengannya. “
(Riwayat Imam Bukhari)

Oranag yang dapat mncapai martabat nafsu kamilah digelar wali Allah dalam martabat yang istimewa.

SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MARDHIAH:

a) Elok dan tingginya budi atau kesusilaan orang ini umpama Nabi-nabi.
b) Lemah-lembut dalam pergaulan masyarakat sebagaimana perangai Nabi-nabi.
c) Sentiasa ghairah untuk berdamping dan beribadah kepada Allah.
d) Sentiasa berfikir pada kebesaran Allah.
e) Redha dan rela dengan apa sahaja pemberian Allah dan lain-lain sifat terpuji.
7. NAFSU KAMILAH

Orang yang berada di peringkat nafsu kamilah ini, berada di peringkat nafsu tertinggi. Setiap perlakuannya benar-benar mengikut garis keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.

Cintanya tertumpu pada Allah, ingatannya pada Allah tidak pernah putus. Allah SWT membayangkannya dalam hadis Qudsi yang brmaksud:-

“ Sesungguhnya telah lama orang yang baik-baik itu rindu untuk bertemu dengan Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu untuk bertemu dengan mereka. ”
(Riwayat Abu Darda’)

Hanya para rasul, para nabi dan wali Allah sahaja yang boleh sampai ke taraf nafsu kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yang tinggi ini dengan proses mujahadah yang bersungguh-sungguh.


Apabila kita telah mengenal di mana tahap nafsu kita, maka dapatlah kita brusaha meningkatkannya ke peringkat yang lebih tinggi dan mendorongnya kepada kebaikan. Bahkan tuntutan meningkatkn nafsu ke makam yang tinggi adalah diperintahkan.

Kerana orang yang berada di peringkat nafsu terendah yang bertaraf binatang, bererti dia sntiasa berada dalam suasana maksiat dan berdosa serta menderhakai Allah. Maka wajiblah meninggalkan segala maksiat dan kembali menjadi hamba Allah yang taat.

Jadi kepada mereka yang suka marah-marah. Cubalah kawal kemarahan anda. kepada yang suka melakukan kejahatan, berhentilah melakukan kejahatan dan lakukan kebaikan. Kepada yang tamak, kerapkanlah melakukan sedekah. Pendek kata, ubahlah perkara yang negatif kepada positif. Sama-samalah kita berusaha mengawal nafsu kita untuk meninggalkan kejahatan dan melakukan kebaikan.


******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Sunday, May 16, 2010

JasaMu DiKenang Wahai Guruku

Assalamualaikum dan Salam Integriti


Tanggal 16 Mei disambut seluruh Malaysia sebagai Hari Guru. Walaupun kita baru sahaja menyambut Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan juga Hari Belia namun Hari Guru perlu diberi lebih perhatian oleh semua pihak. Kenapa? Jawapannya mudah, sebab setiap seorang yang hidup di dunia ini tidak terkecuali daripada dididik oleh guru.

Seorang guru haruslah mempunyai sikap mendidik dan bukannya sikap mengajar. mendidik adalah tugas yang mulia kerana lebih berpaksikan kepada keluhuran hati. berlainan pula jika mengajar. mengajar hanyalah untuk melepaskan tanggungjawab atau sekadar berkerja untuk menerima gaji bulanan. niat ini akan mempengaruhi pemikiran guru berkenaan lantas akan mempengaruhi tingkah laku guru berkenaan.

Akhir-akhir ini kita melihat laporan media yang agak merisaukan mengenai hubungan antara guru dan pelajar. Terdapat tentang laporan pelajar-pelajar di Sarawak didenda dengan direndam. Juga laporan di Johor tentang seorang guru dicekik pelajar sendiri. kenapa masalah ini berlaku??

Masyarakat sering mempersalahkan guru tanpa mengambil tahu apa yg sebenarnya berlaku. Memang tak dinafikan ada segelintir guru yang tidak dapat membendung perasaan amarah mereka dengan kelakuan pelajar, seterusnya memberi hukuman yang tidak wajar ke atas pelajar tersebut. Namun masih ramai guru yang sanggup berkorban wang dan masa untuk mendidik anak - anak muridnya ini tanpa sekelumit rasa jemu pun. Terkadang, sampaikan masa untuk diri sendiri dan keluarga pun terpaksa diketepikan.

Macam stereotype je bunyinya ni, tapi inilah kenyataannya. Kita harus ingat, pelajar-pelajar sekarang bukan seperti pelajar-pelajar dulu. Sekarang semuanya advance selari dengan peredaran masa. Yang kurang ajar pun ramai.

Semasa berada di hadapan ibubapa pelajar ini akan berusaha bersungguh-sungguh menunjukkan perangai yang terbaiknya kerana takut akan diketahui oleh ibubapa tentang kelakuan sebenarnya semasa di sekolah. Apabila berada di sekolah pelajar ini berkelakuan amat pelik kerana berubah sekelip mata menjadi seorang yang amat berlainan. membuli rakan, bergaduh dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran, melakukan perkara yang tidak bermoral.

Perkara ini menjadi persoalan mengapa murid ini berkelakuan seperti ini sedangkan semasa bersama dengan ibubapanya murid in adalah seorang yang amat patuh dan baik. mengapa?? sama-samalah kita renungkan.


Penulis selalu diingatkan oleh ayahanda dan bonda, menghormati guru samalah seperti kita hormat ibu bapa kita. selari dengan kata-kata nasihat Imam Ghazali "Hak Guru lebih agung daripada hak Ibubapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara guru penyebab hidup yang kekal. Jika tiada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua, akan celaka selamanya."

Siapapun yang ada hari ini, pensyarah, peguam, hakim, perdana menteri, menteri, penghulu dan siapa juga bermula dari guru darjah satu. Dia yang mengajar membaca dan mengira sehingga kita mereka menjadi orang yang hebat. Jadi, semua orang harus mengenang jasa guru kita sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah mati.

Ketahuilah seramai-ramai guru yang ada di dunia ini, guru agama tidak boleh dilupakan kerana merekalah yang menyelamat iman manusia. Kalau guru biasa memberi ilmu mengenali alam ini tetapi guru agama menjaga manusia daripada melakukan dosa. Guru agama lebih penting dalam hidup malah dia boleh menyelamatkan di akhirat.

Jadi, hormatilah guru agama seadanya. Mutiara ilmu yang disampaikan perlu disebarkan kepada orang ramai. Tetapi keburukan dan kelemahannya harus disembunyikan. Hal ini kerana yang manfaat lebih besar daripada mudaratnya. Maka yang mudarat tinggalkanlah.

Kepada guru biasa anda tetap berjasa, tanpa anda saya dan orang lain tidak kenal dunia. Tidak tahu bagaimana hendak mengurus dunia. Namun guru agama melengkapkan dunia itu dengan menyempurnakan kehidupan di akhirat. Jadi kedua-dua guru itu amat diperlukan dalam satu masa.

Cikgu-cikgi, ustaz-ustazah SMU(A) Hamidiah 2004

Guru oh guru..
Jika hari ini seorang Perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Terimo kasih cikgu
Kerana sudi ajar sayo
Hingga kenal merah biru
Tahu nilai budi bahaso

Minta halal segala Ilmu
Cikgu bui selama maso
Berkat doa denga restu
Sayo buleh berjayo

Berkat tekun cikgu ajar
Pelajare cikgu bui
Garis lurus panje sejengkal
Sapa carok merentah negeri

Tapi kerano terlebih pandai
Rusak iman punah budi
Jaso cikgu demo tok nilai
Supo kayu hangus api

Berguru ku padde data
Sapa rusak gele dikaki
Berguru kepale ajar
Bagai bunga kembe tok jadi

Umpama kain selai
Putih hite kotor suci
Jaso cikgu bubuh kalar
Untuk bina generasi

Buleh kita pine madu
Cikgu bui maso mulo
Berkat keramat pesene cikgu
Hinggo sayo buleh berjayo

Berkat nikmat manis madu
Negaro kayo rayo
Jaso baik pihak cikgu
Takdok sapo buleh lupo

Untung lamo daun selai
Tidak cikgu kiro pikir
Pado umbi buah segar
Ore lain kutip hasil

Kerano cikgu jiwo sobar
Rela jadi mace lilin
Rela diri hangus terbakar
Bui cahayo kokre lain

Bersabarlah wahai cikgu
Sayo kasih sayo saye
Susoh payoh cukgu lalu
Ore lain tok pehe

Penat lelah sedih pilu
Rukah bukit redah hute
Kerano menyapa ilmu
Laut luas sanggup menyebere

Wahai ahli masyarakat
Hargailah jaso cikgu
Walau hanya senyum orat
Walau jaso sebesar tuku

Didik asuh tegur royat
Hinggo kita buleh maju
Tidur jenero make sedap
Rumah tanggo beranok cucu

Oh yakinlah wahai cikgu
Jasamu yang tulus suci
Tubuh cengkung jadi tuku
Rumah berakar buah berisi

Jaso baik sudah tentu
Cukup beraso dengan sehari
Niat baik tuhe tahu
Jadi bekal sebelum mati

Taburkanlah bakti
Teruslah berjuwe
membina pertiwi
Jayakan wawase

Susoh lelah atas diri
Tok harapkan balase
Negaro dok nanti
Sinar bule tere

Terimo kasih cikgu
Kerana sudi ajar sayo
Hingga kenal merah biru
Tahu nilai budi bahaso

Minta halal segala Ilmu
Cikgu bui selama maso
Berkat doa denga restu
Sayo buleh berjayo
*Liri lagu: Jasa Cikgu oleh Cikgu Sulizi

Penulis mengucapkan Selamat hari guru kepada semua guru-guru, cikgu-cikgu, ustaz-ustazah dan para pensyarah yang pernah mengajar penulis sedari Sekolah Rendah sehingga kini. Sek. Keb. Chenulang, Sek. keb. Sungai Embak, SMU(A) Hamidiah Lil Banin Wal Banat Padang Lepai, Maahad Rahmaniah Kuala Krai dan Universiti Sains Islam Malaysia adalah tempat penulis mengenal erti Ilmu.

Mudah-mudahan Jasa baik kalian semua diberikan ganjaran oleh Allah swt.

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Saturday, May 15, 2010

Bila Judi Menjadi Matlamat Orang Islam


Kenyataan saya adalah merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Rahman Dahlan yang dipaparkan oleh Malaysiakini. Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam. Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Pandangan saya:

Terlebih dahulu saya memohon saudara Abdul Rahman Dahlan (AP Kota Belut) bertaubat itupun sekirnya ia beragama Islam. Daripada kenyataan beliau yang meyokong ketuanya meluluskan lesen judi baru, ianya menunjukkan beliau tidak pernah membaca dan memahami isi Al-Quran yang mengatakan judi itu haram sehingga ke hari kiamat.

Beliau juga bukan insan Allah swt yang mengikuti kelas agama sepanjang kehidupan beliau. Jika beliau mengikuti kuliah-kuliah agama pastinya beliau berfikir matang sebelum membuat kenyataan tersebut. Adakah beliau ini masih lagi beriman kepada Allah swt. Mari kita merujuk apa yang dikatakan dalam Rukun Iman.

1. Percaya Kepada Allah swt
2. Percaya Kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya Kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya Kepada Kitab-Kitab
5. Percaya Kepada Qada dan Qadar

Judi adalah haram yang mana ianya dinyatakan oleh Allah swt melalui Rasulnya dan tercatat dalam al-Quran yang merupakan kitab Allah swt dan disampaikan oleh Malaikat. Jika kita meng'halal'kan judi tidak kita melakukan syak ke atas Kitab Allah, Rasulullah saw, Malaikat dan akhirnya kepada Allah swt itu sendiri.

Setahu saya bila kita berlaku syak maka hilanglah keimanan kita. Adalah Abdul Rahman Dahlan masih percaya kepada Allah swt, Nabi dan Rasul, Kitab Allah swt dan Malaikat?

Adakah Abdul Rahman Dahlan membaca al-Quran berversi UMNO? Di dalam Al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw mengatakan dengan jelas judi itu haram tetapi kenapa Abdul Rahman Dahlan masih meyokong pemberian lesen judi yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak?

Ada dua kemungkinan yang menyebabkan Abdul Rahman Dahlan bertindak begitu:

1. Beliau membaca dan memahami Al-Quran versi UMNO iaitu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Al-Quran ini adalah taksiran Mahathir Mohamad. Jangan kita lupa dulu Mahathir Mohamad yang berkuasa mengarahkan Al-Quran ditaksir semula mengikut perubahan zaman.

2. Berkemungkinan besar beliau ber'tuhan'kan Najib kerana Rasulullah saw mengajar kita jangan kita takut selain kepada Allah swt. Beliau sepatutnya tidak takut menentang Najib Abdul Razak sekiranya beliau betul-betul insan yang beriman. Ini menunjukkan beliau takut kepada Najib Abdul Razak mungkin kerana takut kehilangan pangkat dan kuasa serta kekayaan. Beliau meletakan Najib Abdul Razak sebagai 'tuhan'.

Abdul Rahman Dahlan juga tidak percaya kepada Qada dan Qadar kerana beliau mengatakan sekiranya lesen judi tersebut tidak diluluskan akan berlaku judi haram yang dikuasai oleh kongsi gelap dan penipuan. Saya tidak faham adakah beliau ini berfikiran matang atau tahap minda beliau sama taraf budak sekolah darjah 1.

Jika lesen judi ini diharamkan, sesiapa yang terlibat adalah bertanggungjawab sendiri dan sekirany mereka membuat laporan polis berkaitan penipuan judi haram, mereka ini boleh didakwa kerana terlibat dengan judi tanpa lesen dan untuk orang Islam mereka boleh dibicarakan melalui undang-undang syariah.

Adakah Adbul Rahman Dahlan telah menjadi 'tuhan' yang mengetahui sesuatu sebelum waktunya?

Saya cabar Abdul Rahman Dahlan agar beliau;

1. Mengatakan keimanannya secara bersumpah dengan kekuasaan Allah swt di dalam masjid yang beliau takutkan Allah swt daripada Najib Abdul Razak.

2. Mengatakan pendirian beliau tentang judi mengikut arahan Allah swt dan kelulusan menghalalkan yang haram oleh kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO.

3. Mengatakan pendirian beliau tentang judi dalam kerajaan BN dan adakah beliau masih mahu tinggal dalam rumah BN yang penuh kemaksiatan.

Selain itu Najib Abdul Razak juga perlu taubat sebelum nyawa beliau dicabut dari badan. Ingat bapa beliau meninggal pada usia muda dan beliau juga boleh dimatikan oleh Allah swt pada bila-bila masa kecualilah kalau beliau mengaku yang beliau adalah 'tuhan' yang tahu bila beliau akan dimatikan.

Ingatlah balasan untuk penjudi bukan sahaja kepada penjudi tetapi syarikat judi tersebut, kakitangan syarikat judi dan pemerintah yang meluluskan lesen judi. Saya amat berharap komen para peyokong UMNO dan juga maklumbalas dari Abdul Rahman Dahlan.

*http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

Untuk penyokong UMNO dan BN anda juga mempunyai saham dosa judi kerana memilih mereka yang keimanannya boleh dipertikaikan. Itu baru judi dan ada banyak lagi dosa-dosa UMNO yang ditanggung oleh peyokongnya.

Insaflah, ingat Allah swt satu-satunya tuhan dan takutlah kepadaNya. Untuk pengetahuan semua tidak ada negara OIC yang ada kedai-kedai judi kecuali Malaysia bahkan Thailand juga tidak mempunyai kedai judi. Adakah Thailand lebih baik dari Malaysia.

Fikir-fikirkan ya.

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Meramal Nasib Melalui Tarikh Lahir?





Soalan: Dr Asri, sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan mula mempercayai nasib masa depan mereka menerusi tarikh lahir. Kononnya, tarikh lahir menentukan kemampuan dirinya, masa depannya dan lain-lain. Apa yang dipilih pun mesti berdasarkan tarikh lahir. Adakah ini dizinkan oleh Islam?

Jawapan Dr MAZA:

Saudara, dalam masyarakat yang menghadapi berbagai tekanan hidup, kesibukannya, persaingan antara satu sama lain, maka ramai yang akan cuba mencari ‘keajaiban’ untuk merentasi semua itu. Jika tidak dengan iman yang benar, maka sihir, merenung nasib dan berbagai khurafat yang lain akan timbul dan mengambil tempat. Akan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan daripada keadaan yang seperti ini. Untuk soalan tersebut beberapa perkara berikut saya ingin tegaskan;

1. Islam adalah agama yang menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar. Meramal masa depan tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Ia boleh memutuskan harapan, atau membuat jangkaan yang salah. Sedangkan kita dilarang untuk berputus asa dari rahmat Allah. Segala unsur yang membodohkan manusia, ditentang keras oleh ajaran Islam ini.

2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata. Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah.
Entah berapa puluh juta manusia memiliki angka 1 dalam tarikh lahirnya, adakah semua mereka demikian? Sudah pasti bagi setiap angka ada berbagai watak manusia. Jika mahu, kitaa boleh dapati berapa ramai yang memiliki angka selain 1 mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 1 seperti yang para ‘penilik dan peramal’ nasib itu nyatakan. Dari mana mereka perolehi ciri-ciri tersebut? Ia sebenarnya, sebahagian warisan ahli-ahli nujum kono yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.


3. Para penilik atau ahli nujum nasib seperti itu menipu manusia dengan mainan kata-kata. Jika apa yang mereka ramalkan itu kelihatan tidak tepat, mereka akan berkata ‘itu disebabkan awak belum lakukan itu dan ini’ atau ‘disebabkan awak belum tahu potensi awak’ dan seumpamanya. Mereka mempengaruhi psikologi sebahagian masyarakat. Orang-orang yang memandulkan akal, akan mempercayai tipu helah yang seperti itu.

4. Warna kulit dan rupa paras adalah ciptaan Allah. Ia bukan pilihan manusia. Tarikh lahir juga adalah luar dari penguasaan seseorang individu. Meramal manusia berdasarkan rupa atau tarikh lahir, menyanggahi prinsip Islam yang menilai manusia berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Nabi s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

5. Masa depan seseorang termasuk dalam perkara ghaib yang tidak ketahui oleh sesiapa melainkan Allah. Sesiapa yang mendakwa dia mengetahui kejadian masa depan tanpa sebarang alasan yang munasabah, maka dia telah menandingi kenyataan Allah. Nabi s.a.w pun tidak dapat mengetahui masa depan, buruk dan baik yang akan menimpa melainkan dengan kadar yang Allah wahyukan kepada baginda. Firman Allah: (maksudnya):
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf: 188).

Jika ada ilmu untuk mengetahui masa depan, tentulah Nabi s.a.w lebih utama untuk mengetahuinya kerana perjuangan baginda lebih penting dari segalanya. Malangnya, tidak sedemikian!

6. Perbuatan menilik nasib samada melalui ilmu bintang atau bacaan di tapak tangan atau tarikh lahir adalah haram dan boleh membawa kepada syirik jika mempercayai penilik atau peramal tersebut mengetahui yang ghaib. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih:
“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).
Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)
“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah”. (Surah al-Naml: 65).
Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) “Tuhanlah yang mengetahui segala yang ghaib, maka tidak zahir perkara ghaib itu kepada sesiapapun, -melainkan kepada mana-mana rasul yang diredhaiNya” (Surah al-Jinn: 26-27).

7. Jika seseorang hanya hadir menemui penilik atau peramal nasib sekadar untuk suka-suka dan tidak mempercayainya, ia tetap satu perbuatan yang diharamkan Islam, melainkan jika dia ingin berhujah dan mengkritik perbuatan tersebut. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Riwayat Muslim).
Maksudnya selama empat puluh hari pahala solatnya tidak diberikan. Walaupun begitu kewajipan solat tetap mesti dilakukan, jika tidak dia akan berdosa besar. Namun tiada pahala buatnya, denda atas dosa menyokong aktiviti khurafat dan karut. Inilah amaran Islam bagi menentang kerja-kerja karut dan khurafat yang merosakkan minda seperti itu.

8. Jikalau nasib itu boleh diramal dan tuah dan bahaya itu boleh capai dan tolak oleh seseorang peramal nasib, tentulah nasib dan tuah si peramal sentiasa baik. Namun malang sekali, tuah dan nasib mereka juga belum tentu.

9. Islam dalam masa yang sama, tahu bahawa manusia amat gusar tentang perjalanan masa depan mereka. Bimbang terhadap kejadian yang mendatang. Maka dengan itu begitu banyak Islam mengajar tawakal dan doa-doa untuk insan mengharungi kehidupan di alam ini. Pohonlah langsung kepada Allah Yang Menguasai Segala Urusan! Antaranya doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikian indahnya doa ini, apabila seorang hamba dengan penuh merendah, menyerahkan harapan dan urusannya kepada Allah agar membaiki segala tindakan dan urusan hidupnya. Apakah mungkin seorang mukmin yang melafazkan doa sebegini dengan penuh makna dan faham, lalu menyerahkan kepercayaan masa depan ke tangan tukang ramal dan tukang tilik?!

10. Dalam membuat pemilihan yang tidak pasti, Islam mengajar pula penganutnya untuk beristikharah sebelum memilih atau memutuskan sesuatu urusan. Walaupun wahyu sudah terputus dan ramalan nasib pula dilarang namun hubungan spiritual antara insan dengan Tuhan yang menguasai segala urusan terus terbuka untuk insan lakukan. Insan disuruh beristikharah memohon pemilihan Allah terhadap urusan yang meragukan yang bakal dilakukannya. Hayatilah doa istikharah yang indah yang diajar oleh Nabi s.a.w. betapa ia mendamaikan perasaan dan member harapan dengan penuh iman. Demikian gantian yang Islam berikan yang lebih bermakna dari amalan-amalan yang khurafat.

*sumber : http://drmaza.com/home/?p=1135

Saya menyeru kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat supaya meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat ini walaupun sekadar main-main atau mencuba. ingat!, urusan agama tidak boleh main-main.



******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Jururawat

Assalamualaikum dan Salam Integriti..

Pada entri kali ni, penulis mengucapkan Selamat Hari Jururawat untuk semua jururawat walau dimana saja berada. Semoga usaha-usaha mulia anda diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah yang Maha Berkuasa.



Kawan-kawan penulis pun ada yang jadi jururawat, termasuklah yang lelaki, dah lama tak berjumpa dengan beliau. Teringat dulu masa penulis menemani Ayahanda yang sakit dan ditahan di Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II(HPRZII) yang dulunya dikenai sebagai Hospital Kota Bharu, penulis selalu bergaduh dengan misi yang menjaga wad kat situ, walaupun terdapat misi yang baik, tapi ada segelintir yang selalu kacau penulis,hahaha.. tak leh tengok orang senang sikit. tapi itu kisah dulu, mudah-mudahan tidak berlaku lagi perkatra sebegitu pada orang lain.

Selamat Menyambut Hari Jururawat. Terimakasih , Misi….!


-:nota:- Hari Jururawat Sedunia disambut pada 12 Mei setiap tahun dan biasanya adalah hari yang lebih dikenali sebagai hari “nurses let their hair down”

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Monday, May 10, 2010

Malaikat Rahmat Hibur Hati Orang Beriman Ketika Sakaratulmaut

Mereka yang dipermudahkan dan senang ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira.

Manakala orang terbabit dosa besar dan maksiat akan menghadapi kesukaran serta keperitan bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah yang bermaksud: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.” (QS:75:29)

Orang disukarkan nazak ialah yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong, jahat, serta bergelumang dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakaratulmaut, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan.

Jika dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman dilakukan.

Sumber: Khutbah online Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.