Halwa Telinga anda

Qamus

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Friday, May 7, 2010

How to Say "Mother" in 30 Languages

Mother’s Day is just around the corner and is celebrated all around the world. Have you ever wonder what the other parts of the world call their mothers? Here, we have compiled How to Say "Mother" in 30 Languages: -


Arab - Um
American English – Mom, Mother, Mommy;
British English – Mum, Mother, Mummy
Malay – Ibu, Emak, Mak
Tamil – Amma
Cantonese – Mo chan, Ma mi
Mandarin – Mu ching
Hokkien – Ah bu
French – Mere
Spanish – Madre
German – Mutter
Hindi – Maji
Urdu – Ammeek
Indonesian – Induk, Ibu, Biang, Nyokap
Dutch – Moeder, Moer
Thai – Khun Meh
Portuguese – Mãe
Italian – Madre
Japanese – Okasan
Albanian – Mëmë; Nënë; Burim; Kryemurgeshë
Belarusan – Matka
Cebuano – Inahan; Nanay
Serbian – Majka
Czech – Abatyse
Estonian – Ema
Frisian – Emo, Emä, Kantaäiti, Äiti
Greek – Màna
Hawaiian – Makuahine
Hungarian – Anya, Fu
Ilongo – Iloy; Nanay; Nay
Swedish – Mor, Moder
Vietnamese – Mẹ

****************Renungan Bersama****************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Wednesday, May 5, 2010

Ubah diri sendiri sebelum ubah orang lain.

Assalamualaikum dan Salam Integriti..

Posting pertama yang ingin penulis ingin kongsi dengan pembaca sekalian ialah berkaitan dengan sikap yang terdapat dalam diri kita iaitu terlalu ingin mengubah sesuatu, kalau kita ingin mengubah sesuatu yang berkaitan dengan diri kita, ianya dikira baik, tetapi kebanyakkan ingin mengubah sesuatu bukan milik kita.

Ramai orang minta orang lain berubah. Remaja sering ditanya kenapa degil tidak mahu berubah? Kenapa ekonomi tidak berubah, politik tidak berubah-ubah?

Pendek kata, semua kena berubahlah. Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan merubah diri sendiri. Jika hendak ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat pun berubah. Malah, hendak ubah negara pun bermula dengan perubahan diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain, tetapi kita sendiri tidak mengubah diri kita maka orang akan ketawakan kita.

Bagi mereka yang tidak mahu berubah mereka banyak menghabiskan waktu, tenaga serta fikiran untuk perkara memikirkan kesalahan orang, keburukan orang dan kelalaian orang, tetapi lupa membetulkan diri sendiri. Ada yang berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang, tetapi jarang sekali berani melihat keaiban diri sendiri.

Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan Islam didasari dengan saling nasihat-menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Islam itu nasihat." Kita perlukan jiwa-jiwa yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks.

Remaja berjiwa besar adalah mereka yang boleh berkongsi serta kekuatan dengan orang yang lebih berpengalaman. Orang tua hebat juga ialah mereka yang memahami serta menghormati perasaan remaja. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, memberi pengaruh kepada orang sekitarnya. Dia menjadi dorongan kepada orang lain untuk berubah.

Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun payah untuk menguasai diri kita. Yang penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita. Mula-mula ubah diri kita, isteri kita dan anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata: "Payahnya hendak ubah remaja", "isteri degillah", "pekerja keras kepalalah". Jawapan sebenarnya perlu melihat dalam diri kita, jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Mereka memang tetap melakukan kesalahan, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena.

Rasulullah diutus bagi mengajak dan memberi contoh terbaik buat umatnya. Kita banyak juga mengajak, tetapi kurang contoh baik. Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan. Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi. Sayangilah, jangan membenci. Perubahan bermula dari diri sendiri.