Halwa Telinga anda

Qamus

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Saturday, May 15, 2010

Bila Judi Menjadi Matlamat Orang Islam


Kenyataan saya adalah merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Rahman Dahlan yang dipaparkan oleh Malaysiakini. Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam. Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Pandangan saya:

Terlebih dahulu saya memohon saudara Abdul Rahman Dahlan (AP Kota Belut) bertaubat itupun sekirnya ia beragama Islam. Daripada kenyataan beliau yang meyokong ketuanya meluluskan lesen judi baru, ianya menunjukkan beliau tidak pernah membaca dan memahami isi Al-Quran yang mengatakan judi itu haram sehingga ke hari kiamat.

Beliau juga bukan insan Allah swt yang mengikuti kelas agama sepanjang kehidupan beliau. Jika beliau mengikuti kuliah-kuliah agama pastinya beliau berfikir matang sebelum membuat kenyataan tersebut. Adakah beliau ini masih lagi beriman kepada Allah swt. Mari kita merujuk apa yang dikatakan dalam Rukun Iman.

1. Percaya Kepada Allah swt
2. Percaya Kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya Kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya Kepada Kitab-Kitab
5. Percaya Kepada Qada dan Qadar

Judi adalah haram yang mana ianya dinyatakan oleh Allah swt melalui Rasulnya dan tercatat dalam al-Quran yang merupakan kitab Allah swt dan disampaikan oleh Malaikat. Jika kita meng'halal'kan judi tidak kita melakukan syak ke atas Kitab Allah, Rasulullah saw, Malaikat dan akhirnya kepada Allah swt itu sendiri.

Setahu saya bila kita berlaku syak maka hilanglah keimanan kita. Adalah Abdul Rahman Dahlan masih percaya kepada Allah swt, Nabi dan Rasul, Kitab Allah swt dan Malaikat?

Adakah Abdul Rahman Dahlan membaca al-Quran berversi UMNO? Di dalam Al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw mengatakan dengan jelas judi itu haram tetapi kenapa Abdul Rahman Dahlan masih meyokong pemberian lesen judi yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak?

Ada dua kemungkinan yang menyebabkan Abdul Rahman Dahlan bertindak begitu:

1. Beliau membaca dan memahami Al-Quran versi UMNO iaitu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Al-Quran ini adalah taksiran Mahathir Mohamad. Jangan kita lupa dulu Mahathir Mohamad yang berkuasa mengarahkan Al-Quran ditaksir semula mengikut perubahan zaman.

2. Berkemungkinan besar beliau ber'tuhan'kan Najib kerana Rasulullah saw mengajar kita jangan kita takut selain kepada Allah swt. Beliau sepatutnya tidak takut menentang Najib Abdul Razak sekiranya beliau betul-betul insan yang beriman. Ini menunjukkan beliau takut kepada Najib Abdul Razak mungkin kerana takut kehilangan pangkat dan kuasa serta kekayaan. Beliau meletakan Najib Abdul Razak sebagai 'tuhan'.

Abdul Rahman Dahlan juga tidak percaya kepada Qada dan Qadar kerana beliau mengatakan sekiranya lesen judi tersebut tidak diluluskan akan berlaku judi haram yang dikuasai oleh kongsi gelap dan penipuan. Saya tidak faham adakah beliau ini berfikiran matang atau tahap minda beliau sama taraf budak sekolah darjah 1.

Jika lesen judi ini diharamkan, sesiapa yang terlibat adalah bertanggungjawab sendiri dan sekirany mereka membuat laporan polis berkaitan penipuan judi haram, mereka ini boleh didakwa kerana terlibat dengan judi tanpa lesen dan untuk orang Islam mereka boleh dibicarakan melalui undang-undang syariah.

Adakah Adbul Rahman Dahlan telah menjadi 'tuhan' yang mengetahui sesuatu sebelum waktunya?

Saya cabar Abdul Rahman Dahlan agar beliau;

1. Mengatakan keimanannya secara bersumpah dengan kekuasaan Allah swt di dalam masjid yang beliau takutkan Allah swt daripada Najib Abdul Razak.

2. Mengatakan pendirian beliau tentang judi mengikut arahan Allah swt dan kelulusan menghalalkan yang haram oleh kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO.

3. Mengatakan pendirian beliau tentang judi dalam kerajaan BN dan adakah beliau masih mahu tinggal dalam rumah BN yang penuh kemaksiatan.

Selain itu Najib Abdul Razak juga perlu taubat sebelum nyawa beliau dicabut dari badan. Ingat bapa beliau meninggal pada usia muda dan beliau juga boleh dimatikan oleh Allah swt pada bila-bila masa kecualilah kalau beliau mengaku yang beliau adalah 'tuhan' yang tahu bila beliau akan dimatikan.

Ingatlah balasan untuk penjudi bukan sahaja kepada penjudi tetapi syarikat judi tersebut, kakitangan syarikat judi dan pemerintah yang meluluskan lesen judi. Saya amat berharap komen para peyokong UMNO dan juga maklumbalas dari Abdul Rahman Dahlan.

*http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

Untuk penyokong UMNO dan BN anda juga mempunyai saham dosa judi kerana memilih mereka yang keimanannya boleh dipertikaikan. Itu baru judi dan ada banyak lagi dosa-dosa UMNO yang ditanggung oleh peyokongnya.

Insaflah, ingat Allah swt satu-satunya tuhan dan takutlah kepadaNya. Untuk pengetahuan semua tidak ada negara OIC yang ada kedai-kedai judi kecuali Malaysia bahkan Thailand juga tidak mempunyai kedai judi. Adakah Thailand lebih baik dari Malaysia.

Fikir-fikirkan ya.

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Meramal Nasib Melalui Tarikh Lahir?





Soalan: Dr Asri, sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan mula mempercayai nasib masa depan mereka menerusi tarikh lahir. Kononnya, tarikh lahir menentukan kemampuan dirinya, masa depannya dan lain-lain. Apa yang dipilih pun mesti berdasarkan tarikh lahir. Adakah ini dizinkan oleh Islam?

Jawapan Dr MAZA:

Saudara, dalam masyarakat yang menghadapi berbagai tekanan hidup, kesibukannya, persaingan antara satu sama lain, maka ramai yang akan cuba mencari ‘keajaiban’ untuk merentasi semua itu. Jika tidak dengan iman yang benar, maka sihir, merenung nasib dan berbagai khurafat yang lain akan timbul dan mengambil tempat. Akan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan daripada keadaan yang seperti ini. Untuk soalan tersebut beberapa perkara berikut saya ingin tegaskan;

1. Islam adalah agama yang menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar. Meramal masa depan tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Ia boleh memutuskan harapan, atau membuat jangkaan yang salah. Sedangkan kita dilarang untuk berputus asa dari rahmat Allah. Segala unsur yang membodohkan manusia, ditentang keras oleh ajaran Islam ini.

2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata. Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah.
Entah berapa puluh juta manusia memiliki angka 1 dalam tarikh lahirnya, adakah semua mereka demikian? Sudah pasti bagi setiap angka ada berbagai watak manusia. Jika mahu, kitaa boleh dapati berapa ramai yang memiliki angka selain 1 mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 1 seperti yang para ‘penilik dan peramal’ nasib itu nyatakan. Dari mana mereka perolehi ciri-ciri tersebut? Ia sebenarnya, sebahagian warisan ahli-ahli nujum kono yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.


3. Para penilik atau ahli nujum nasib seperti itu menipu manusia dengan mainan kata-kata. Jika apa yang mereka ramalkan itu kelihatan tidak tepat, mereka akan berkata ‘itu disebabkan awak belum lakukan itu dan ini’ atau ‘disebabkan awak belum tahu potensi awak’ dan seumpamanya. Mereka mempengaruhi psikologi sebahagian masyarakat. Orang-orang yang memandulkan akal, akan mempercayai tipu helah yang seperti itu.

4. Warna kulit dan rupa paras adalah ciptaan Allah. Ia bukan pilihan manusia. Tarikh lahir juga adalah luar dari penguasaan seseorang individu. Meramal manusia berdasarkan rupa atau tarikh lahir, menyanggahi prinsip Islam yang menilai manusia berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Nabi s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

5. Masa depan seseorang termasuk dalam perkara ghaib yang tidak ketahui oleh sesiapa melainkan Allah. Sesiapa yang mendakwa dia mengetahui kejadian masa depan tanpa sebarang alasan yang munasabah, maka dia telah menandingi kenyataan Allah. Nabi s.a.w pun tidak dapat mengetahui masa depan, buruk dan baik yang akan menimpa melainkan dengan kadar yang Allah wahyukan kepada baginda. Firman Allah: (maksudnya):
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf: 188).

Jika ada ilmu untuk mengetahui masa depan, tentulah Nabi s.a.w lebih utama untuk mengetahuinya kerana perjuangan baginda lebih penting dari segalanya. Malangnya, tidak sedemikian!

6. Perbuatan menilik nasib samada melalui ilmu bintang atau bacaan di tapak tangan atau tarikh lahir adalah haram dan boleh membawa kepada syirik jika mempercayai penilik atau peramal tersebut mengetahui yang ghaib. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih:
“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).
Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)
“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah”. (Surah al-Naml: 65).
Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) “Tuhanlah yang mengetahui segala yang ghaib, maka tidak zahir perkara ghaib itu kepada sesiapapun, -melainkan kepada mana-mana rasul yang diredhaiNya” (Surah al-Jinn: 26-27).

7. Jika seseorang hanya hadir menemui penilik atau peramal nasib sekadar untuk suka-suka dan tidak mempercayainya, ia tetap satu perbuatan yang diharamkan Islam, melainkan jika dia ingin berhujah dan mengkritik perbuatan tersebut. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Riwayat Muslim).
Maksudnya selama empat puluh hari pahala solatnya tidak diberikan. Walaupun begitu kewajipan solat tetap mesti dilakukan, jika tidak dia akan berdosa besar. Namun tiada pahala buatnya, denda atas dosa menyokong aktiviti khurafat dan karut. Inilah amaran Islam bagi menentang kerja-kerja karut dan khurafat yang merosakkan minda seperti itu.

8. Jikalau nasib itu boleh diramal dan tuah dan bahaya itu boleh capai dan tolak oleh seseorang peramal nasib, tentulah nasib dan tuah si peramal sentiasa baik. Namun malang sekali, tuah dan nasib mereka juga belum tentu.

9. Islam dalam masa yang sama, tahu bahawa manusia amat gusar tentang perjalanan masa depan mereka. Bimbang terhadap kejadian yang mendatang. Maka dengan itu begitu banyak Islam mengajar tawakal dan doa-doa untuk insan mengharungi kehidupan di alam ini. Pohonlah langsung kepada Allah Yang Menguasai Segala Urusan! Antaranya doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikian indahnya doa ini, apabila seorang hamba dengan penuh merendah, menyerahkan harapan dan urusannya kepada Allah agar membaiki segala tindakan dan urusan hidupnya. Apakah mungkin seorang mukmin yang melafazkan doa sebegini dengan penuh makna dan faham, lalu menyerahkan kepercayaan masa depan ke tangan tukang ramal dan tukang tilik?!

10. Dalam membuat pemilihan yang tidak pasti, Islam mengajar pula penganutnya untuk beristikharah sebelum memilih atau memutuskan sesuatu urusan. Walaupun wahyu sudah terputus dan ramalan nasib pula dilarang namun hubungan spiritual antara insan dengan Tuhan yang menguasai segala urusan terus terbuka untuk insan lakukan. Insan disuruh beristikharah memohon pemilihan Allah terhadap urusan yang meragukan yang bakal dilakukannya. Hayatilah doa istikharah yang indah yang diajar oleh Nabi s.a.w. betapa ia mendamaikan perasaan dan member harapan dengan penuh iman. Demikian gantian yang Islam berikan yang lebih bermakna dari amalan-amalan yang khurafat.

*sumber : http://drmaza.com/home/?p=1135

Saya menyeru kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat supaya meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat ini walaupun sekadar main-main atau mencuba. ingat!, urusan agama tidak boleh main-main.



******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Jururawat

Assalamualaikum dan Salam Integriti..

Pada entri kali ni, penulis mengucapkan Selamat Hari Jururawat untuk semua jururawat walau dimana saja berada. Semoga usaha-usaha mulia anda diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah yang Maha Berkuasa.



Kawan-kawan penulis pun ada yang jadi jururawat, termasuklah yang lelaki, dah lama tak berjumpa dengan beliau. Teringat dulu masa penulis menemani Ayahanda yang sakit dan ditahan di Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II(HPRZII) yang dulunya dikenai sebagai Hospital Kota Bharu, penulis selalu bergaduh dengan misi yang menjaga wad kat situ, walaupun terdapat misi yang baik, tapi ada segelintir yang selalu kacau penulis,hahaha.. tak leh tengok orang senang sikit. tapi itu kisah dulu, mudah-mudahan tidak berlaku lagi perkatra sebegitu pada orang lain.

Selamat Menyambut Hari Jururawat. Terimakasih , Misi….!


-:nota:- Hari Jururawat Sedunia disambut pada 12 Mei setiap tahun dan biasanya adalah hari yang lebih dikenali sebagai hari “nurses let their hair down”

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Monday, May 10, 2010

Malaikat Rahmat Hibur Hati Orang Beriman Ketika Sakaratulmaut

Mereka yang dipermudahkan dan senang ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira.

Manakala orang terbabit dosa besar dan maksiat akan menghadapi kesukaran serta keperitan bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah yang bermaksud: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.” (QS:75:29)

Orang disukarkan nazak ialah yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong, jahat, serta bergelumang dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakaratulmaut, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan.

Jika dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman dilakukan.

Sumber: Khutbah online Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Sunday, May 9, 2010

Ibu, Kaulah sahabatku..

Asssalamualaikum dan Salam Integriti.

“Masing-masing kalian adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab atas kepemimpinannya…"(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW telah menetapkan tanggung jawab terhadap kaum lelaki (suami) dan perempuan (isteri) dalam ruang lingkup sebagai pemimpin yang berbeza di dalam sebuah keluarga. Suami sebagai pemimpin bertugas mengendalikan arah rumah tangga serta menjamin keperluan hidup sehari-hari seperti makanan, minuman dan pakaian serta bertanggungjawab penuh atas berjalannya seluruh fungsi-fungsi keluarga. Suami pula yang bertugas sebagai benteng dalam kehidupan bermasyarakat.

Peranan ibu dalam mengukuhkan ketahanan keluarga adalah tugas yang berat, namun kerana Allah menciptakan perempuan sebagai ibu untuk memelihara kehidupan, ketahanan untuk memelihara kehidupan sudah built in dalam diri ibu. Hanya apakah para ibu menyedari potensinya atau tidak. Tatkala ibu bisa melaksanakan tugasnya dengan baik, sehingga terbina keluarga yang berkualiti secara utuh dan menyeluruh, Allah telah menjanjikan balasan-Nya. Dalam mengukuhkan ketahanan keluarga, bermula dari keikhlasan, kesabaran dan keluasan ilmu, ibu harus siap memberikan keteladanan, membimbing, memotivasi dan membantu terhadap kebaikan dan bersama-sama memecahkan masalah keluarga dengan upaya dan doa.

"Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (iaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (Ar-Ra’du:22 – 23)

Rasanya belum terlambat lagi untuk penulis mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu/emak/mama/ummi dan pelbagai lagi panggilan kepada sesorang yang melahirkan kita. Tak lupa juga kepada Bonda terchenta iaitu Hajjah Esah Bt Mat.

Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.