Halwa Telinga anda

Qamus

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Thursday, May 20, 2010

Sharing is Caring

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

" maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

* http://idhamlim.blogspot.com/

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Tuesday, May 18, 2010

Kelantan bakal laksana 90 hari cuti bersalin

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 16 Mei: Selepas Selangor, Kelantan bakal memberikan cuti 90 hari kepada ibu bersalin khususnya kakitangan kerajaan negeri bagi memberi peluang mereka berehat sebaik mungkin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata bagaimanapun cadangan itu akan dibawa ke mesyurat exco terlebih dahulu.

Beliau berkata demikikan ketika ditemui selepas merasmikan majlis 90 Hari Untuk Ibu anjuran Kesatuan Kebajikan pekerja-Pekerja Bank Semenanjung Malaysia (NUBE).

Program ini turut mendapat kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri.

NUBE antara lain sedang berusaha mengumpul 1 juta tandatangan untuk menyokong usaha cuti 90 hari dilaksanakan di peringkat persekutuan.

"Kerajaan negeri menyokong usaha ngo ini khususnya bagi mendapatkan tandatangan 1 juta rakyat di negara ini untuk dihantar pada Perdana Menteri bagi membolehkan ianya dilaksanakan di negara ini,"ujar Ubaidah lagi.

Kelantan sebelum ini menjadi negeri perintis memperkenalkan cuti bersalin 60 hari yang kemudiannya turut dipakai di peringkat pusat.

"Mungkin kita agak terkebelakang dari soal ini, sebab Kelantan telah menjadi perintis pada cuti bersalin 60 hari yang bertama di negara ini," katanya.

Sambungnya, jika ianya dilaksanakan di negeri ini, kakitangan awam khususnya di bahagian sokongan akan mendapat manfaatnya, memandangkan 90 peratus tenaganya terdiri dari kaum wanita.

Turut berucap pada majlis itu Naib Presiden NUBE Malaysia, Daufkafli Nor Ghazali, Pengerusi Persatuan NUBE Kelantan, Azhar Yusof, Dr Rosnani Mohammad dan Penolong Kanan Sek Men Agama (A) Amir Inderaputera, Ustaz Nasir Mohammad.

* http://harakahdaily.net

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Maqam atau Peringkat Nafsu Manusia

Assalamualaikum dan Salam Integriti

Hari ini saya hendak cakap pasal nafsu. Semua manusia ada nafsu, kecuali mereka yang kurang sifat tertentu yang berkaitan. Kebiasaannya nafsu ini dikaitkan dengan keinginan melakukan perkara jahat. Susah kalau nak semai jiwa dan hati untuk bernafsu ke arah kebaikan ataupun untuk melakukan perkara baik. Nafsu in ada beberapa peringkat atau Maqam. Sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan kita.

1. NAFSU AMMARAH

Nafsu ammarah ialah nafsu tingkat yang paling jahat. Ia tidak lain tidak bukan ialah untuk mengajak manusia yang dikuasainya ke jalan kejahatan, melakukan maksiat dan seronok melakukannya.


Nafsu ammarah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, Firman Allah yang bermaksud:-

“ Sesungguhnya nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat. “
(Surah Yusuf: 53)

SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERNAFSU AMMARAH:-


1. Selalu terdedah kepada godaan nafsu dan syaitan. Nafsu ammarah sentiasa menyuruh seseorang berbuat kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak.
2. Tidak merasa duka atau sesal di atas perbuatan jahatnya, malah perasaannya lega dan gembira. Contohnya bila tertinggal solat, hatinya tidak runsing dan kesal sedikit pun, bahkan kadang-kadang merasa gembira dan senang.
3. Terlalu gembira bila mendapat nikmat dan berputus asa bila ditimpa bala dan kesusahan.

“ Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dgn rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa. “
(Ar-Rum: 36)


4. Sifat-sifat yang timbul dari benih nafsu ammarah ini ialah bakhil, tamak dan haloba akan harta dunia serta terlalu cintakan keduniaan, panjang angan-angan, sombong, takabbur, sukakan kemegahan, ingin namanya terkenal dan mahsyur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan niat jahat, lalai terhadap Allah dan lain-lain.

Barang siapa mendapati di hatinya ada salah satu sifat tersebut, itu tandanya dia termasuk dalam golongan ammarah. Orang berilmu atau tidak berilmu boleh terjebak dalam golongan ini. Nafsu ammarah ini adalah serendah - rendah darjat dan sejahat - jahat nafsu dalam dunia Tasawwuf. Tempat yang wajar untuk golongan ini ialah KAWAH NERAKA yang penuh azab yang maha pedih.


2. NAFSU LAWWAMAH

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman yg bermaksud:


“ Aku bersumpah dgn nafsu lawwamah (pencerca dan pengkritik diri). ” (Al-Qiamah: 2)

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik atau mencela diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa atas dirinya.

Contohnya, apabila tertinggal solat, hatinya menyesal dan segera memohon ampun kepada Allah dan mengqadhakannya. Bila terlajak berbuat dosa, ia segera menyesal. Walaubagaimanapun, untuk berbuat kebajikan dan taat, ia masih terasa berat dan dilakukan dalam keadaan terpaksa dan tidak terasa nikmat.

Nafsu lawwamah lebih tinggi sedikit daripada nafsu ammarah kerana orang ini melakukan sesuatu dengan ilmu dan kenal kejahatan dengan ilmu. Namun, hatinya masih lemah dan nafsunya masih rakus dan banyak mazmumah. Cuma dia mudah tersedar bila ditegur. Walaupun hatinya boleh dan mudah terdorong kearah ibadah dan kebaikan tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan sepenuhnya.

Sabda Rasulullah SAW:-

“ Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan utknya penasihat dari hatinya (sendiri). “
(Riwayat Abu Mansur Ad-Dailami)

SIFAT - SIFAT ORANG YANG BERNAFSU LAWWAMAH:

1. Mencela kesalahan diri sendiri.
2. Selalu berfikir (bertafakur) mengenang dosa dan keburukan.
3. Rasa takut bila rasa bersalah.
4. Mengkritik terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan.
5. Mudah merasa riya’ ya’ni hendak menunjuk - nunjuk kepada orang apabila membuat kebaikan.
6. Mudah merasa sum’ah, iaitu ingin memperdengarkan atau mmberitahu kepada orang ssuatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian orang.
7. Mudah juga merasa ujub, iaitu perasaan yang melonjak - lonjak dalam hati, merasakan diri lebih lebih baik daripada orang lain, walaupun pada zahirnya ia menunjukkan sifat tawadhu’ atau tidak mahu terkenal atau pemurah.
8. Lain - lain sifat mazmumah dalam hati masih tidak mampu dilawan dan sedang menguasai hatinya.

Martabat nafsu lawwamah terletak pada kebanyakan orang awam. Syurga untuk orang martabat ini tidak terjamin, kecuali setelah mndapat keampunan Tuhan dan rahmat-Nya.


Jalan selamat untuk orang yang bersifat nafsu lawwamah ialah perlu sentiasa bergaul dengan orang baik dan sentiasa berada dalam lingkungan (suasana) baik. Ia hendaklah menjauhi kawan - kawan dan suasana jahat, kerana hatinya mudah tergoda dan terikut - ikut kejahatan.


Selain itu, orang yang brsifat atau yang berada pada makam nafsu ini hendaklah:-
• Belajar dan berusaha untuk melatih diri bermujahadah bagi melawan hawa nafsu dengan cara menanamkan benci kepada maksiat dan menanamkan rasa cinta kepada kebajikan.
• Dibantu pula dengan zikrullah supaya hati lebih lembut.
• Setelah itu dibantu lagi dengan berdoa memohon pertolongan Allah untuk memudahkan melawan nafsunya itu.
• Hendaklah juga dipimpin guru mursyid.

3. NAFSU MULHAMAH

Setelah seseorang melalui mujahadah yang sungguh- sungguh untuk meleburkan nafsu ammarah dan lawwamah maka nafsunya akan meningkat kepada nafsu mulhamah. Nafsu peringkat ini sudah menerima proses kesucian hati atau mujahadatunnafs. Tiada lintasan - lintasan kotor atau was-was syaitan lagi, sebaliknya malaikat atau Allah mengilhamkan kebaikan pada hatinya.

Firman Allah,

“ Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan hatinya dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya. ”
(As-Syam: 8-10)

SIFAT- SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MULHAMAH:

a) Tidak sayangkan harta, tidak sayangkan dunia.
b) Merasa cukup dgn kurniaan Allah (qanaah).
c) Mendapat ilmu laduni dan ilham.
d) Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (tawadhu’).
e) Taubat yang sebenar-benar taubat (nasuha).
f) Tahan menanggung kesusahan dan lain-lain sifat terpuji.

Mereka dalam martabat ini mulai masuk ke sempadan makam wali dan mulai mencapai fana yang menghasilkan makrifat dan hakikat (syuhud).

Walaubagaimanapun sifat-sifat baik sama ada zahir atau batinnya belum benar berakar umbi dengan teguh dalam diri dan hatinya. Oleh itu ia kena menjaganya dengan mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan meningkatkan amalan solehnya. Kerana ujian ke atasnya sentiasa ada. Sekiranya ia tidak berjaga-nanti nanti Allah akan mencabut kembali makam itu menjadi lawwamah.

4. NAFSU MUTMAINNAH

Hasil latihan yang berterusan, nafsu mulhamah akan meningkat kepada nafsu mutmainnah. Hati sudah sampai ke peringkat suci dan tenang. Nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu pertama yang telah mula mendapat keredhaan Allah dan ia telah layak memasuki Syurga-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:-

“ Wahai orang yang bernafsu mutmainnah, pulanglah ke pangkuan tuhan-Mu dalam keadaan redha-meredhai dan masuklah ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku. “
(Al-Fajr: 27-30)

SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MUTMAINNAH:

1) Murah hati dan tidak lekat wang di tangan kerana bersedekah.
2) Tawakkal yang benar.
3) Arif dan bijaksana.
4) Kuat beribadah.
5) Syukur yang benar.
6) Redha pada segala hukuman Allah.
7) Takwa yang benar dan lain-lain sifat terpuji.

5. NAFSU RADHIAH

Hasil kegigihan melatih diri untuk memakrifatkn diri kepada Allah, orang yang bernafsu mutmainnah akan meningkat kepada nafsu radhiah. Orang ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan Allah. Orang ini mendapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam atau dikenali sebagai firasat.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:-

“ Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan nur Allah (petunjuk Allah SWT). “
(Riwayat At-Tirmizi)

Tabiat orang peringkat ini luar biasa, ia tidak takut pada bala Allah dan tidak tahu gembira pada nikmat Allah, yang dia tahu hanya keredhaan Allah dan hukuman-Nya.

Firman Allah yang brmaksud:-

“ Sesungguhnya wali-wali Allah itu tak pernah rasa takut dan bimbang. “
(Surah Yunus: 62)

Nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbinya sekali dan mereka disinari oleh nur syuhud kepada makrifat, bertalu-talu masuk ke dalam hati nurani yang tetap waja itu.

Alam di sekeliling mereka laksana cermin. Apabila melihat alam ia ‘nampak’ (teringat atau terasa) akan Allah. Hal itu berlaku setiap ketika. Makam ini juga disebut sebagai makam musyahadah seperti mana Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis tentang sifat ‘al-ihsan’.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

“ … maksud ehsan ialah apabila engkau menyembah Allah hendaklah terasa seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya ketahuilah bahawa Allah melihat kamu. “
(Riwayat Muslim)

Sifat-sifat mahmudah yang timbul dari nafsu radhiah ialah zuhud, ikhlas, wara’, mninggalkan perkara2 yang bukan urusannya, memelihara hukum-hakam Allah dan lain-lain sifat kerohanian yg tinggi.

Makam nafsu ini hanya dapat dicapai oleh para wali Allah. Mereka dapat merasa nikmat melakukan kebajikan dan berbudi luhur. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyu’ dan tawadhu’ mengingati Allah.

Firman Allah SWT:-

“ Berzikirlah pada Tuhanmu dalam hatinya dalam keadaan merendah diri dan takut. “
(Al-A’raf:205)
6. NAFSU MARDHIAH

Mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu mardhiah kelihatan lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar-benar sebati dengan Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW yang brmaksud:-

“ Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah ia. Ssungguhnya dia akan mengajar kamu ‘hikmat’. “
(Riwayat Ibnu Majah)

Segala gerak-geri orang di peringkat nafsu ini diredhai Allah. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi:-

“ Sentiasalah hamba-Ku berdampingan kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga aku kasihkan dia maka apabila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dania melihat dengannya, pertuturan lidahnya yang dia bertutur dengannya, penampar tangannya yang dia menampar dengannya, berjalan kakinya yang dia berjalan dengannya dan berfikir hatinya yang dia berfikir dengannya. “
(Riwayat Imam Bukhari)

Oranag yang dapat mncapai martabat nafsu kamilah digelar wali Allah dalam martabat yang istimewa.

SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MARDHIAH:

a) Elok dan tingginya budi atau kesusilaan orang ini umpama Nabi-nabi.
b) Lemah-lembut dalam pergaulan masyarakat sebagaimana perangai Nabi-nabi.
c) Sentiasa ghairah untuk berdamping dan beribadah kepada Allah.
d) Sentiasa berfikir pada kebesaran Allah.
e) Redha dan rela dengan apa sahaja pemberian Allah dan lain-lain sifat terpuji.
7. NAFSU KAMILAH

Orang yang berada di peringkat nafsu kamilah ini, berada di peringkat nafsu tertinggi. Setiap perlakuannya benar-benar mengikut garis keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.

Cintanya tertumpu pada Allah, ingatannya pada Allah tidak pernah putus. Allah SWT membayangkannya dalam hadis Qudsi yang brmaksud:-

“ Sesungguhnya telah lama orang yang baik-baik itu rindu untuk bertemu dengan Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu untuk bertemu dengan mereka. ”
(Riwayat Abu Darda’)

Hanya para rasul, para nabi dan wali Allah sahaja yang boleh sampai ke taraf nafsu kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yang tinggi ini dengan proses mujahadah yang bersungguh-sungguh.


Apabila kita telah mengenal di mana tahap nafsu kita, maka dapatlah kita brusaha meningkatkannya ke peringkat yang lebih tinggi dan mendorongnya kepada kebaikan. Bahkan tuntutan meningkatkn nafsu ke makam yang tinggi adalah diperintahkan.

Kerana orang yang berada di peringkat nafsu terendah yang bertaraf binatang, bererti dia sntiasa berada dalam suasana maksiat dan berdosa serta menderhakai Allah. Maka wajiblah meninggalkan segala maksiat dan kembali menjadi hamba Allah yang taat.

Jadi kepada mereka yang suka marah-marah. Cubalah kawal kemarahan anda. kepada yang suka melakukan kejahatan, berhentilah melakukan kejahatan dan lakukan kebaikan. Kepada yang tamak, kerapkanlah melakukan sedekah. Pendek kata, ubahlah perkara yang negatif kepada positif. Sama-samalah kita berusaha mengawal nafsu kita untuk meninggalkan kejahatan dan melakukan kebaikan.


******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Sunday, May 16, 2010

JasaMu DiKenang Wahai Guruku

Assalamualaikum dan Salam Integriti


Tanggal 16 Mei disambut seluruh Malaysia sebagai Hari Guru. Walaupun kita baru sahaja menyambut Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan juga Hari Belia namun Hari Guru perlu diberi lebih perhatian oleh semua pihak. Kenapa? Jawapannya mudah, sebab setiap seorang yang hidup di dunia ini tidak terkecuali daripada dididik oleh guru.

Seorang guru haruslah mempunyai sikap mendidik dan bukannya sikap mengajar. mendidik adalah tugas yang mulia kerana lebih berpaksikan kepada keluhuran hati. berlainan pula jika mengajar. mengajar hanyalah untuk melepaskan tanggungjawab atau sekadar berkerja untuk menerima gaji bulanan. niat ini akan mempengaruhi pemikiran guru berkenaan lantas akan mempengaruhi tingkah laku guru berkenaan.

Akhir-akhir ini kita melihat laporan media yang agak merisaukan mengenai hubungan antara guru dan pelajar. Terdapat tentang laporan pelajar-pelajar di Sarawak didenda dengan direndam. Juga laporan di Johor tentang seorang guru dicekik pelajar sendiri. kenapa masalah ini berlaku??

Masyarakat sering mempersalahkan guru tanpa mengambil tahu apa yg sebenarnya berlaku. Memang tak dinafikan ada segelintir guru yang tidak dapat membendung perasaan amarah mereka dengan kelakuan pelajar, seterusnya memberi hukuman yang tidak wajar ke atas pelajar tersebut. Namun masih ramai guru yang sanggup berkorban wang dan masa untuk mendidik anak - anak muridnya ini tanpa sekelumit rasa jemu pun. Terkadang, sampaikan masa untuk diri sendiri dan keluarga pun terpaksa diketepikan.

Macam stereotype je bunyinya ni, tapi inilah kenyataannya. Kita harus ingat, pelajar-pelajar sekarang bukan seperti pelajar-pelajar dulu. Sekarang semuanya advance selari dengan peredaran masa. Yang kurang ajar pun ramai.

Semasa berada di hadapan ibubapa pelajar ini akan berusaha bersungguh-sungguh menunjukkan perangai yang terbaiknya kerana takut akan diketahui oleh ibubapa tentang kelakuan sebenarnya semasa di sekolah. Apabila berada di sekolah pelajar ini berkelakuan amat pelik kerana berubah sekelip mata menjadi seorang yang amat berlainan. membuli rakan, bergaduh dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran, melakukan perkara yang tidak bermoral.

Perkara ini menjadi persoalan mengapa murid ini berkelakuan seperti ini sedangkan semasa bersama dengan ibubapanya murid in adalah seorang yang amat patuh dan baik. mengapa?? sama-samalah kita renungkan.


Penulis selalu diingatkan oleh ayahanda dan bonda, menghormati guru samalah seperti kita hormat ibu bapa kita. selari dengan kata-kata nasihat Imam Ghazali "Hak Guru lebih agung daripada hak Ibubapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara guru penyebab hidup yang kekal. Jika tiada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua, akan celaka selamanya."

Siapapun yang ada hari ini, pensyarah, peguam, hakim, perdana menteri, menteri, penghulu dan siapa juga bermula dari guru darjah satu. Dia yang mengajar membaca dan mengira sehingga kita mereka menjadi orang yang hebat. Jadi, semua orang harus mengenang jasa guru kita sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah mati.

Ketahuilah seramai-ramai guru yang ada di dunia ini, guru agama tidak boleh dilupakan kerana merekalah yang menyelamat iman manusia. Kalau guru biasa memberi ilmu mengenali alam ini tetapi guru agama menjaga manusia daripada melakukan dosa. Guru agama lebih penting dalam hidup malah dia boleh menyelamatkan di akhirat.

Jadi, hormatilah guru agama seadanya. Mutiara ilmu yang disampaikan perlu disebarkan kepada orang ramai. Tetapi keburukan dan kelemahannya harus disembunyikan. Hal ini kerana yang manfaat lebih besar daripada mudaratnya. Maka yang mudarat tinggalkanlah.

Kepada guru biasa anda tetap berjasa, tanpa anda saya dan orang lain tidak kenal dunia. Tidak tahu bagaimana hendak mengurus dunia. Namun guru agama melengkapkan dunia itu dengan menyempurnakan kehidupan di akhirat. Jadi kedua-dua guru itu amat diperlukan dalam satu masa.

Cikgu-cikgi, ustaz-ustazah SMU(A) Hamidiah 2004

Guru oh guru..
Jika hari ini seorang Perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Terimo kasih cikgu
Kerana sudi ajar sayo
Hingga kenal merah biru
Tahu nilai budi bahaso

Minta halal segala Ilmu
Cikgu bui selama maso
Berkat doa denga restu
Sayo buleh berjayo

Berkat tekun cikgu ajar
Pelajare cikgu bui
Garis lurus panje sejengkal
Sapa carok merentah negeri

Tapi kerano terlebih pandai
Rusak iman punah budi
Jaso cikgu demo tok nilai
Supo kayu hangus api

Berguru ku padde data
Sapa rusak gele dikaki
Berguru kepale ajar
Bagai bunga kembe tok jadi

Umpama kain selai
Putih hite kotor suci
Jaso cikgu bubuh kalar
Untuk bina generasi

Buleh kita pine madu
Cikgu bui maso mulo
Berkat keramat pesene cikgu
Hinggo sayo buleh berjayo

Berkat nikmat manis madu
Negaro kayo rayo
Jaso baik pihak cikgu
Takdok sapo buleh lupo

Untung lamo daun selai
Tidak cikgu kiro pikir
Pado umbi buah segar
Ore lain kutip hasil

Kerano cikgu jiwo sobar
Rela jadi mace lilin
Rela diri hangus terbakar
Bui cahayo kokre lain

Bersabarlah wahai cikgu
Sayo kasih sayo saye
Susoh payoh cukgu lalu
Ore lain tok pehe

Penat lelah sedih pilu
Rukah bukit redah hute
Kerano menyapa ilmu
Laut luas sanggup menyebere

Wahai ahli masyarakat
Hargailah jaso cikgu
Walau hanya senyum orat
Walau jaso sebesar tuku

Didik asuh tegur royat
Hinggo kita buleh maju
Tidur jenero make sedap
Rumah tanggo beranok cucu

Oh yakinlah wahai cikgu
Jasamu yang tulus suci
Tubuh cengkung jadi tuku
Rumah berakar buah berisi

Jaso baik sudah tentu
Cukup beraso dengan sehari
Niat baik tuhe tahu
Jadi bekal sebelum mati

Taburkanlah bakti
Teruslah berjuwe
membina pertiwi
Jayakan wawase

Susoh lelah atas diri
Tok harapkan balase
Negaro dok nanti
Sinar bule tere

Terimo kasih cikgu
Kerana sudi ajar sayo
Hingga kenal merah biru
Tahu nilai budi bahaso

Minta halal segala Ilmu
Cikgu bui selama maso
Berkat doa denga restu
Sayo buleh berjayo
*Liri lagu: Jasa Cikgu oleh Cikgu Sulizi

Penulis mengucapkan Selamat hari guru kepada semua guru-guru, cikgu-cikgu, ustaz-ustazah dan para pensyarah yang pernah mengajar penulis sedari Sekolah Rendah sehingga kini. Sek. Keb. Chenulang, Sek. keb. Sungai Embak, SMU(A) Hamidiah Lil Banin Wal Banat Padang Lepai, Maahad Rahmaniah Kuala Krai dan Universiti Sains Islam Malaysia adalah tempat penulis mengenal erti Ilmu.

Mudah-mudahan Jasa baik kalian semua diberikan ganjaran oleh Allah swt.

******************Renungan Bersama******************
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.