Halwa Telinga anda

Qamus

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Thursday, September 2, 2010

Mencari Lailatulqadar




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan Salam Integriti
Allah S.W.T berfirman:-
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (QS:97:1-5)

Allah S.W.T memberitahu bahawa DIA menurunkan al-Quran pada malam lailatulqadar, iaitu malam yang penuh dengan keberkatan. Allah S.W.T berfirman:-
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةٍ۬ مُّبَـٰرَكَةٍ‌ۚ
"(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu,..." (QS:44:3)

Dan malam itu berada pada bulan Ramadhan. sebagaimana firman ALLAH S.W.T:-
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,..(QS:2:185)

Ibnu Abbas r.a berkata:-
"ALLAH S.W.T menurunkan al-Quranul Karim keseluruhannya secara sekali gus dari Lohmahfuz ke BaitulIzzah(langit pertama) pada malam lailatulqadar. kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w. sesuai dengan pelbagai peristiwa selama 23 tahun."

Malam itu dinamakan lailatulqadar kerana keagungan dan keutamaannya di sisi ALLAH S.W.T. Pada saat itu ditentukan ajal, rezeki, dan sebagainya selama setahun sebagaimana firman ALLAH S.W.T:-
فِيہَا يُفۡرَقُ كُلُّ أَمۡرٍ حَكِيمٍ
"(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)." (QS:44:4)

ALLAH S.W.T juga menjelaskan keutamaan malam itu dengan firman-NYA:-
لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (QS:97:3)

Ini bermakna, beribadat pada malam itu dengan bersolat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa adalah sama nilainya dengan beribadat selama 1000 bulan iaitu bersamaan dengan 83 tahun empat bulan.

Lalu ALLAH S.W.T memberitahu tentang kelebihan dan nikmatnya dengan malikat yang turun pada malam itu, termasuk Jibril a.s. Mereka turun dengan membawa pekara kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdiq ALLAH S.W.T. Seterusnya ALLAH S.W.T menambah kelebihan malam tersebut dengan firman-NYA:-
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ
"Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (QS:97:5)

Ini bermakna malam itu adalah malam yang penuh dengan kesejahteraan dan kebahagian. Tidak ada sedikit pun kecacatan di dalamnya, sehinggalah terbitnya fajar. Pada malam itu malaikat termasuk Jibril a.s mengucapkan salam kepada orang yang beriman.

Rasulullah s.a.w juga menyebut tentang kelebihan melakukan qiamullail pada malam tersebut. Baginda bersabda:-
"Barang siapa melakukan solat malam pada saat lailatulqadar kerana iman dan mengharap pahala ALLAH S.W.T, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Manakala mengenai waktu lailatulqadar itu. Rasulullah s.a.w bersabda:-
"Carilah lailatulqadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir Ramadhan."- Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya.

Malam-malam ganjil itu ialah malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.

Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa dia bertanya:-
"Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui lailatulqadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?" Baginda menjawab, katakanlah: '"Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun, ENGKAU mencintai pengampunan maka ampunilah aku." -Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Majah.

Seharusnya kita sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh memenuhi malam-malam tersebut dengan solat, zikir, doa, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan demikian kita merasai kelebihan lailatulqadar, sehingga kita menikmati kebahagian yang kekal di syurga.

Pada malam tersebut, hendaklah kita berdoa untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Antara doa yang digalakkan diamalkan ialah:-
YA ALLAH...
perbaikilah untukku agamaku yang
merupakan penjaga urusanku.
Dan perbaikilah untukku duniaku
yang di dalamnya adalah kehidupanku dan
perbaikilah untukku akhiratku
yang kepadanya aku kembali,
dan jadikanlah kehidupan ini
untuk aku berbuat kebaikan,
dari kematian menghentikanku
daripada setiap kejahatan.

Ya ALLAH...
bebaskanlah aku daripada seksa api neraka,
dan lapangkanlah untukku rezeki yang halal,
dan palingkanlah daripadaku
kefasikan jin dan manusia,
wahai Zat Yang Hidup dan terus - menerus
mengurus makhluk-NYA."

"Ya ALLAH...
inilah bulan Ramadhan yang di dalamnya
ENGKAU telah turunkan al-Quran. Aku berlindung
dengan kekuasaan-Mu yang mulia, wahai Pemilik fajar
yang terbit dari malam-malamku dan Pemilik bulan
Ramadhan yang hampir berlalu ini.

Kepada-Mu aku mengadu akan kesalahan dan
dosaku yang dengannya ENGKAU akan menyeksaku
pada hari perjumpaan dengan-Mu kelak.

Ya ALLAH...
Janganlah ENGKAU jadikan puasa ini sebagai puasa
yang terakhir dalam hidupku. seandainya ENGKAU
menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini
sebagai puasa yang dirahmati, bukan sia-sia.

Ya ALLAH...
Jadikanlah puasaku di dalamnya
mendapatkan pahala serta diterima sebagai amalan yang
mendatangkan keredhaan-MU dan daripada Rasul-MU
serta dihubungkan cabang-cabangnya dengan pokok,
dengan hak kemulian Nabi Muhammad s.a.w dan ahli
keluarga baginda s.a.w yang suci.."

Amin..
******************Renungan Bersama******************
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Tuesday, August 31, 2010

Merdekakah kita?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan Salam Integriti


hai teman-teman, bertemu kembali kita..

Saya nak ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara kali ke-53 untuk anda semua dan seluruh penduduk Malaysia, tak kiralah anda berada dimana sahaja, anda menganut agama apa sekalipun serta berbangsa apa, kita semua tetap 1Malaysia.

AlhamdulilLah, malam tadi berkesempatan ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk berbuka puasa bersama Yang DiPertuan Agong dan PM bersempena Tahlil Kemerdekaan Negara. memang best, ramai orang yang menyertai majlis ini.

Pada entri kali ini, saya tak nak berceloteh panjang, hanya nak berkongsi satu lagu dikir barat oleh cikgu Sulizi dan Cikgu Naim yang bertajuk Dilema Melayu.

jom layan-skrip ada gak..;-)

Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak sey terima perubahan
Anak cucu jadi mangsa
Orang lain duk rebut peluang
tokkey kita nak tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita

Dilema..Dilema...Dilema Melayu kita.
Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah sama sekampung
Bangsa lain koho maju
Anok melayu masih mundur
Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung

Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang naik kapalterbang
Anak kita naik teksi
Anak orang jadi towkey
Anak kita jadi kuli
Anak orang jual barang
Anak kitalah jo beli
Takdok pitih rela berhutang
Barang bini gadai lagi

Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang duk baca buku
Anak kita ko duk derap
Anak orang masuk U
Anak melayu penuh dale lokap
Anak orang minum susu
Anak kita togok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak sey ubah sikap

Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap nipis
Kereta kita asap berbunga
Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo
Beli baru tok dey pitih
Beli beras pun hutang sokmo


Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang baca buku
Anak kita duduk merap
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap
Anak orang minum susu
Anak kita togok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap

Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita.
Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat
Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar karat
Masa bekwah nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukat

Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guni
Anak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning

Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang g masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang ko duk beratib
Anak kita ko duk gewey
Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sey fikir masa depan

Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita.
Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak sey terima perubahan
Anak cucu jadi mangsa
Orang lain duk rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita

Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita.2X

p/s: jom merdekakan diri kita daripada kejahilan Agama dan pemikiran politik yang sempit..


******************Renungan Bersama******************
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Sunday, August 29, 2010

Rilek one corner..

Assalamualaikum to all readers,
sementara menunggu waktu berbuka, jom tenangkan minda anda, jom kita baca kisah SAM dan DOL ni, boleh buat modal untuk menyakat atau bergurau dengan kawan-kawan.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

======================================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

======================================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

======================================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

======================================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
======================================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

======================================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

======================================================

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

======================================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"


******************Renungan Bersama******************
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Munajat Hamba





بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah,

Aku ingin mengadu kepadaMu,
Aku ingin bercerita kepadaMu,
Aku ingin meluahkannya kepadaMu,
Aku ingin berserah kepadaMu,

Ya Allah,
Adakah imanku seperti lilin?
Yang akan mencair apabila dibakar api kemaksiatan,
Adakah aku seperti pokok yang reput?
Yang sudah tidak dapat memberi manfaat kepada makhluk yang lain,
Adakah aku seperti batu yang keras?
Yang sudah tidak boleh ditegur dan dinasihati,
Ya Allah adakah aku seperti ini…?

Ya Allah,
Aku memohon kepada Mu,
Aku meminta kepda Mu,
Aku merayu kepada Mu,
Aku berhajat kepada Mu,

Ya Allah,
Berikanlah hidayah dan petunjukMu kepadaku,
Berikanlah aku keringanan dalam melakukan amal ibadah,
Berikanlah aku kekuatan untuk melawan hawa nafsuku,
Berikanlah aku kemudahan dalam setiap urusanku,
Berikanlah keberkatan, rahmat dan yang terbaik dalan diriku,

Amin.


******************Renungan Bersama******************
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.